half way..

on 4:35 PM

28th September, sebulan, kurang sehari dari lagi tarikh peperiksaan Med 2. Punya timbunan nota dan buku untuk dibaca (atau dibelek sekurang-kurangnya!) sebelum tarikh itu. Kelas masih berjalan seperti biasa, masih ada input baru setiap hari. Tutorial dan perjumpaan kumpulan satu demi satu tamat, dan seorang demi seorang tutor mengucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan semasa perjumpaan terakhir kami. Risau, takut dan penuh harap, tapi semangat untuk bertungkus lumus bersengkang mata belum lahir lagi. Sempatkah?

Hari ke 16, Ramadhan kedua di Dunedin. Bacaan terawih di Masjid Al-Huda oleh imam sudah masuk juz ke-20. Setiap malam kira-kira satu setengah juzu' dihabiskan dalam solat isha' dan solat terawih. Tilawah dan tadabbur saya sendiri? Sahabat-sahabat yang sedang membaca? Sudah takat mana kita? Di pecutan terakhir, atau masih mengah keletihan kerana rutin perjalanan bernama kehidupan?

Moga hari-hari terakhir tidak jadi sia-sia, seperti mana sebelumnya. Moga tingkat demi tingkat terus didaki, dan tidak tergelincir jatuh ke tingkat terbawah semula. Moga punya Himmah baru yang lebih tinggi, dari latihan intensif ini.

Salam untuk hari-hari terakhir Ramadhan buat semua.







"Allahumma inna na'uzubika min 'azabi jahannam
wa na'uzubika min 'azabil qabr
wa na'uzubika min fitnatil mahya wal mamat
wa na'uzubika min sharri fitnatil masih ad-dajjal"



(p/s: mungkin entry terakhir hingga akhir exam juga. salam untuk semua!)
.

Maaf untuk semua

on 1:33 PM

3 atau 4 hari lagi, sebelum Ramadhan datang. InsyaAllah, moga kita diberi kesempatan untuk berada dalam bulan yang penuh dengan rahmat ini.

Matlamat utama kita daripada bulan ini? Agar sifat taqwa kepada Allah SWT dalam diri bertambah mantap dan mapan, sepertimana yang disebut dalam al-Quran, 2:183.

Kita sering mendengar tentang ihya' Ramadhan, atau bahasa yang lebih mudah difahami, menghidupkan Ramadhan. Ajakan dan seruan supaya bulan ini tidak sia-sia di hadapan TV, di pasar-pasar makanan, di pasaraya jualan murah atau di atas tilam empuk di rumah.

Tetapi sebelum itu, ada satu lagi perkara yang perlu juga kita tahu, iaitu tarhib Ramadhan. Atau bahasa lebih mudah lagi, menyambut Ramadhan. Bagaimana mahu mempersiapkan diri untuk menyambutnya?

Kalau mahu ke dewan periksa, kita ada persiapan. Kalau mahu berjalan, mengembara ada persiapan. Hatta kalau mahu ke pasar pun ada persiapan. Ada list barang-barang yang mahu dibeli, ada trolley atau teman untuk tolong mengangkat barang.

Beberapa must do things dalam tarhib Ramadhan:

1) Menjaga keadaan fizikal diri, supaya sihat dan mampu melakukan amal ibadah sepanjang bulan ini. Contohnya, elakkan diri dari melakukan perkara-perkara extreme yang boleh melemahkan atau meng'expose' diri pada penyakit.

2) Menyelesaikan, qadha' puasa yang tertinggal ataas sebab-sebab tertentu daripada Ramadhan terdahulu. Hutang yang bertimbun, semakin lama semakin susah dibayar. Jadi mengapa mahu tangguhkan, dan susahkan diri?

3) Mengingat dan mengkaji kembali fikh tentang puasa, supaya perlaksanaannya dapat berjalan dengan baik, berdasarkan pemahaman yang baik.

4) Mempersiapkan diri dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti puasa dalam bulan Sya'ban dan memperbanyakkan bacaan dan pemahaman dalam ayat-ayat al-Quran, serta bangun awal untuk solat malam.

5) Saling bermaafan, untuk menyelesaikan semampu mungkin dosa kita dengan manusia dan kemudian berusaha menyelesaikan dosa kepada Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan supaya bila Ramadhan berakhir dan hari raya Idul Fitri tiba, kita benar-benar dalam keadaan fitrah yang suci. Moga fitrah yang sebenar itu dapat dicapai Inshaallah.

Kemudian? Siapkan juga sahabat-sahabat, keluarga dan masyarakat sekitar anda untuk bulan yang mulia ini. Moga puasa kita bukan sekadar lapar dan dahaga, dan taqwa yang dibina dari bulan ini menjadi bekal untuk kita, bukan sekadar di dunia, malah untuk di akhirat kelak.

"dan bawalah bekal kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa; dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat!" [2:197]

Wallahu a'lam.

(p/s: beberapa koleksi yang menarik untuk dibaca dalam tarhib ramadhan)

[satu] [dua] [tiga] [empat] [lima]

Owh, lastly, mohon maaf dari diri ini untuk semua. Kalau rasa belum mahu maafkan, mohon maaf sekali lagi, dan berkali-kali lagi. Moga kesalahan diri ini dapat dimaafkan. =|
.

"Inclusive View"

on 10:55 AM

Cuma sedikit komen dan lanjutan yang saya fikirkan dari lecture yang dihadiri semalam, kerana ia memberikan pada diri sekurang-kurangnya another view, or a wider view at least, dalam inter-faith relationship.

Annual Open Peace Lecture
Towards a More Inclusive View of the Religious 'Other': A Muslim Perspective
Prof. Abdullah Saeed - University of Melbourne

Key word dalam lecture yang disampaikan adalah Inclusivism. Tertarik bagaimana beliau menghuraikan istilah itu dan memberi contoh dari sirah perkembangan Islam, bermula dari zaman Rasulullah hingga kini, bagaimana ada up-and-down dalam pemahaman dan hubungan antara agama.

Bagaimana wujudnya satu continuum antara inclusivism dan exclusivism. Bagaimana adanya faktor-faktor luaran yang mengubah pandangan sesuatu masyarakat atau individu. Bagaimana hubungan yang baik dalam masyarakat, terancam bila sesebuah pihak mahu bangkit, pihak lain cuba menjadi defensive atau offensive untuk menyelamatkan kepentingan diri.

Apapun, selepas meng'Goggle' di internet, saya temui bebaerapa kaitannya dengan pluralism, dan lebih menarik, dengan Islam liberal. Beberapa artikel berkaitan yang sempat dibaca (baca tak semestinya terima, tapi biarlah sekurang-kurangnya ia di proses masuk dalam fikiran dan membantu kita dalam membuat penilaian dan keputusan):
[satu] [dua] [tiga]

Ada kaitan juga, bagi saya, topik ini dengan satu peringatan ringkas yang sempat dibaca malam sebelumnya:

"Masing-masing ada dunianya. Dalam dunia-dunia berkenaan ada ''bahasa' masing-masing yang mereka gunapakai. Mereka yang berada di dunia luar sukar untuk memahami 'bahasa' dunia orang lain. Jika kita mahu mencampuri urusan 'dunia' orang lain, kita perlu masuk ke dunia mereka atau perlu mahir dengan 'bahasa' pertuturan mereka."
[Dipetik dari sini]


Apapun, lecture malam tadi diakhiri dengan sepotong ayat al-Quran, surah al-Hujurat yang menyimpulkan segalanya:

"O mankind! We have created you from a male and a female, and made you into nations and tribes, that you may know one another. Verily, the most honourable of you with Allâh is that (believer) who has At-Taqwa (i.e. one of the Muttaqûn)" [49:13]

Wallahua'lam...

Finally

on 11:33 PM

Alhamdulillah entry kali ini akhirnya dapat di 'publish'. Bukan sebulan lepas kali terakhir menulis, tapi rasanya dah lebih dari dua bulan. Ikutkan hati, memang ingin di 'list' kan alasan-alasan kenapa blog ni terbiar, sampai nampak bunga-bunga lalang. Tapi nanti cuma diri sendiri yang berminat dan sibuk mereka-reka alasan, jadi sia-sia pulak entry kali ni.

Isu hangat di negeri sendiri sekarang, siapa yang punya hak Merdeka? Kami? atau Mereka?
Kata Kami, kerana kamilah kemerdekaan dicapai. Kata Mereka, kami juga punya peranan penting. Mengapa mesti disembunyikan? Buta sejarah atau buta hati???

Yang membaca, harap jangan jadi keduanya. Memang sejarah itu satu fakta yang sudah berlalu. Fakta biasanya tidak boleh diubah. Tapi selalunya orang yang menulis sejarah punya kecenderungan dan pemahaman sendiri, berdasarkan ilmu dan bidang yang dikuasainya. Ilmu sejarah kita mungkin tidak terjaga secantik ilmu hadis dan sunnah Nabi SAW. Kalau baca hadis, selain diperhati Matan nya, kita pentingkan juga Sanad nya. Andai Sanad nya diragukan pun, taraf Matan nya jatuh. Apa lagi kalau ianya palsu!

Erti Merdeka, intipati Merdeka, menghayati kemerdekaan, semangat merdeka, etc...
Punya banyak kupasan dari para ilmuan tentang isu ini. Mungkin cukup kalau disimpulkan, bagi diri sekurang-kurangnya, kita mahu Merdeka dari ignorance!


Headline News: Otago, NZ

Kisah malam minggu lepas membuatkan University of Otago dan Dunedin famous seketika dalam berita-berita di seluruh dunia (tak pasti samada berita ni sampai ke media Malaysia). Dari apa yang sempat dibaca, pelbagai reaksi diterima bukan dari dalam NZ sahaja, tetapi dari Australia, UK, Ireland, Denmark hingga USA.

Kisah pelajar universiti yang 'merusuh' memang menarik perhatian. Bukan merusuh kerana inginkan kebebasan dari kongkongan akta-akta tertentu, tapi kerana terlalu mabuk dengan alkohol dan hiburan. Dulu pernah menulis bagaimana 'adat' turun temurun mereka yang cenderung untuk membakar sofa setiap kali parti diadakan. Kali ini setapak lagi mereka 'maju', membakar van/kereta, hingga hampir terbakar rumah orang lain!

Berita terbaru, katanya mereka akan didakwa atas tuduhan merusuh, violence dan assault. Tapi itu pun masih ada yang lain bersuara, katanya belum setimpal untuk memberi pengajaran dan balasan atas mayhem yang dicetuskan. Laporan media, katanya kawasan itu sudah jadi seperti "War-Zone" dengan kaca dan sampah bertaburan, serta kesan dari perabot-perabot dan kereta yang dibakar.

Sekarang waktu tuding-menuding. Dalam majalah mingguan universiti yang sempat dibelek pagi tadi, mukasurat pertamanya ada carta "tuduh menuduh". Antara yang termuat dalam carta adalah pihak polis, students, pentadbiran universiti, persatuan pelajar, general public, local government, dan alcohol companies. Senang kata, dalam isu ini, seolah-olah semua stakeholders cuba menyelamatkan diri masing-masing dari dipersalahkan. Kalaulah alkohol boleh bersuara sekarang, mungkin habis ditempelaknya semua manusia yang tergila-gilakannya, dan cuba melawan fitrah kesucian penciptaan...

p/s: Walaupun rumah kami di Castle Street, tapi Alhamdulillah mayhem bukan di depan rumah kami. Castle St. North dan Castle St. South terpisah dengan bangunan universiti. Kami pun bukan di Dunedin malam minggu tu. Pergi melihat kecantikan alam... =)


Terserempak anak kambing di atas jambatan semasa berbasikal, terpisah dari ibu dan kawanannya. Badannya masih punya kesan darah kering, mungkin usia baru beberapa hari. Maaf terpaksa tinggakan di tepi jalan. Kami dah mencuba sekadar terdaya... =(


Seminggu sebelumnya, Islam Awareness Week di Otago dan seluruh New Zealand. Kali pertama berada dalam saf penganjur. Baru faham erti bertolak ansur dan persediaan yang rapi, terutama bila berhadapan serangan, sindiran dan provokasi!


???Bersediakan kita untuk bulan ujian yang penuh dengan rahmat ini???

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!