Hijrah - Syeikh Yusuf al-Qardhawi di Masjid Shah Alam

on 3:00 AM

Alhamdulillah semalam berpeluang 'terbang' ke Masjid Shah Alam untuk bertemu dan mendapatkan mutiara-mutiara ilmu dari tokoh ulama' tersohor, Syeikh Yusuf al-Qardhawi. Lantunan suara beliau dengan nada dan semangat yang sungguh tinggi, walaupun keadaan fizikal beliau tidak begitu sihat, sungguh menginsafkan dan memberi pengajaran.

Surah yang dibaca ketika mengimamkan solat Maghrib walaupun di atas kerusi roda membuatkan saya sebak terutamanya bila diulang2 doa dalam ayat2 terakhir surah al-Baqarah. Ia menyuntik semangat baru kepada ribuan orang yang hadir mendengar dengan penuh ikhlas.



Saya kongsikan sedikit catatan yang tidak seberapa dari pertemuan semalam bersama gambar dari tempat duduk saya di celahan ribuan manusia yang hadir. Semoga dapat dimanfaatkan catitan ini, walaupun ianya pasti tidak dapat menyaingi kekuatan, perasaan dan izzah yang wujud ketika mendengar sendiri amanat daripada beliau.

Syeikh Yusuf al-Qardhawi memulakan kalimahnya dengan rasa syukur pada Allah SWT kerana mempertemukannya sekali lagi dengan masyarakat Malaysia, dan mengizinkannya juga bertemu dengan pemuda2 yang memperjuangkan Islam serta sahabat2nya yang telah lama tidak berjumpa. Rasa syukur ini lebih hebat lagi kerana dipertemukan dalam tempat yang terbaik di muka bumi, dalam taman-taman syurga di rumah Allah SWT.

Lelaki bergelang dan berantai

on 3:16 AM


Dunia semakin canggih. Kecanggihan yang ada bukan hanya terletak pada perkembangan teknologi dan penciptaan alat- alat moden sahaja, malah pada perangai dan kelakuan manusia itu sendiri. Sekiranya kecanggihan yang dihasilkan itu sesuatu yang bermanfaat menurut syarak, bolehlah ia dibanggakan tetapi sekiranya ia merobek budaya bangsa, nilai ketimuran serta pegangan agama, maka ia adalah sesuatu yang memilukan.

Hari ini, fenomena wanita Melayu Islam bertudung berpelukan bersama teman lelaki di taman bunga, pusat rekreasi, di atas motor atau di kompleks beli-belah adalah suatu fenomena biasa yang boleh dilihat di mana-mana terutamanya di kota metropolitan.

Sesetengah lelaki Islam pula kelihatan begitu bangga apabila telinganya dihiasi subang berkilauan atau leher yang dililit rantai bergemerlapan. Sebahagian yang lain pula sengaja mengoyakkan seluar di peha dan lutut kononnya mengikut peredaran zaman. Semua di atas hanyalah sebahagian kecil antara ribuan fenomena ‘canggih’ yang wujud dalam masyarakat moden hari ini.

Fitrah manusia suka kepada perhiasan dan kecantikan. Hampir semua orang berkeinginan untuk memakai pakaian yang menarik, memiliki rumah yang cantik, mempunyai kenderaan mewah dan sebagainya. Malah Islam sendiri menggalakkan penganutnya sentiasa kelihatan bersih dan cantik. Namun begitu, makna kecantikan dalam Islam adalah sesuatu yang dinilai menurut kesesuaian fitrah manusia itu sendiri.