Satu Anugerah

on 7:40 PM

tutor pathology pg tadi memperkenalkan kami pd sebuah buku,
"PAIN... A GIFT THAT NOBODY WANTS"

kandungannya bg sy agak menarik, kerana penulisnya melihat "pain" dari satu perspektif yg berbeza. di kala sebahagian manusia sibuk berusaha membuang rasa 'sakit', ada yg memandang dan mengingatkan manusia supaya menghargai rasa 'sakit' itu.

atlet yg lincah di padang, menggunakan pelbagai drugs seperti steroid untuk menghilangkan rasa 'sakit', membenarkan otot2 terus berkerja, dan memberi lebih endurance pada diri.

situasi lain, bila sakit kepala datang, pantas panadol atau aspirin dicari.

sebahagian dari kita, bila jari tercucuk duri, atau terpotong dek pisau tajam semasa memasak, lancar dari mulut terkeluar kata2 kesat atau makian.
pada kebanyakan masa pula, bila internal pain datang (i.e. stress), jiwa jadi kecoh, lintang pukang. habis semua kerja dan kegiatan terganggu.
lebih teruk amal ibadah yang selama ini niatnya ikhlas, tiba-tiba jadi sekadar 'amalan harian' kerana niatnya samar-samar, dan pelaksanaan tidak dilakukan sebaiknya.

konsepnya "elimination of pain" ini bagi sy hampir sama seperti yg pernah ditulis dulu; manusia2 yg cuba menghilangkan 'risk' dari kamus kehidupan.

secara ringkas, penulis buku tadi menyampaikan pandangannya supaya manusia menghargai rasa 'sakit', kerana ia sebenarnya mengingatkan dan menyelamatkan manusia.

contoh mudah, tanya kpd pesakit2 leprosy, bagaimana perasaan mereka bila sensation itu hilang. rasa 'sakit' bila memegang kuali panas mungkin tiada, rasa sakit bila tercucuk duri pun tiada. bahagiakah mereka??? tanpa sedar, tiba2 mungkin ada cut atau burn di tangan.

sakit mengingatkan manusia pada satu 'limit'. tahap yg menyuruh kita samada berhenti, atau berhati-hati supaya tidak membawa pada bencana dan kerosakan.

bayangkan apa yg terjadi andai berkayuh sebuah basikal tanpa brek.
samada kayuhan jadi perlahan (kalau memilih utk berhati-hati!), atau kayuhan membawa pada kemalangan. tiada brek, bagai bercita-cita mahu merempuh semua benda. realitinya, mampukah kita???

muslim juga sepatutnya sedar yg sakit itu satu kafarah dosa, dan mengingatkan kita supaya kembali pada-Nya.

kata mereka sakit itu mengingatkan pada 'limit' tubuh manusia. kata kita???

sakit itu mengingatkan kita pada semua!!!
ingat pada dosa pahala. ingat pada syurga neraka. ingat pada amal ma'ruf dan nahi munkar.

dalam teori biopsychosocial, mereka memandang sakit berpunca dari biological, psychological dan social.

dalam teori kita, di atas sekali, sakit puncanya adalah dari spiritual, sbg peringatan dan ujian pada manusia.

yang dilihat atas dunia sunnatullah memang ketentuan alam dengan izin-Nya, tetapi sebagai muslim moga kita ingat juga pada shariatullah yang ditetapkan. memang ia di atas, tetapi bila kita leka atau terlalu selesa, ketika itulah datang peringatan dan ujian.

dalam bentuk sakit? dapatkah bersabar?
dalam bentuk senang? dapatkah bersyukur?

moga sentiasa dalam petunjuk dan perlindungan...

"You will certainly be tested, through your money and your lives, and you will hear from those who received the scripture, and from the idol worshipers, a lot of insult.
If you steadfastly persevere and lead a righteous life, this will prove the strength of your faith.
" [Ali Imran 3:186]

A-Z Steps

on 10:44 AM

artikel ini sy terbitkn dlm buletin al-huda MUSA otago bulan ini. sekadar mahu berkongsi, peringatan yg mahu diulang semula berkali-kali kerana kita manusia memang penuh dgn tanggungjawab yg digalas bukan?

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

A-Z Steps to Leadership

Ability
Let there arise out of you a group of people inviting to all that is good (Islam) enjoining Al-ma'ruf (i.e. Islamic Monotheism and all that Islam orders one to do) and forbidding Al-Munkar (polytheism and disbelief and all that Islam has forbidden). And it is them who are the successful. [Ali Imran 3:104]


Calmness
The strong man is not the one who overcomes others by his strength, but the one who, though angry, controls himself. [Bukhari]


Dependability
Those who are faithfully true to their Amanat (all the duties which Allas has ordained, honesty, moral responsibility and trusts etc.) and to their covenants. And those who strictly guard their (five compulsory congregational) Salawat (prayers) (at their fixed hours). These are indeed the inheritors. Who shall inherit the Firdaus (Paradise). They shall dwell therein forever. [Al-Mu'minun 23:8-11]


Fairness
Indeed We have sent Our Messengers with clear proofs and revealed with them the Scripture and the Balance (justice) that mankind may keep up justice. [Al-Hadid 57:25]

Genuineness
A person is perfect in his religion (Islam) when he leaves alone that which does not concern him. [at-Tirmidhi]


Honesty
O you who believe! Be afraid of Allah and be with those who are true (in words an deeds). [At-Taubah 9:119]


There are three signs of a hypocrite: when he speaks, he lies; when he makes a promise, he does not keep it; when he is trusted, he betrays. [narrated by Abu Huraira]


Initiative
Every magnificent and important project not begun with the praise of Allah, remains defective. [abu Dawud]


Judgment
Whenever you judge between people, you should do so with fairness. [4:58]


Knowledge
And be not in haste (O Muhammad SAW) with the Quran before its revelation is completed to you, and say: "My Lord! Increase me in knowledge." [TaHa 20:114]


Modesty
Now whatever ye have been given is but a passing comfort for the life of the world, and that which Allah hath is better and more lasting for those who believe and put their trust in their Lord. [4:36]


Nobility
O mankind! We have created you from a male and female and made you into nations and tribes, that you may know one another. Verily, the most honourable of you with Allah is that (believer) who has at-Taqwa [i.e. one of the Muttaqun (pious).] Verily, Allah is All-Knowing, All-Aware. [Al-Hujuraat 49:13]


Responsibility
Each one of you is a Guardian and responsible for those of whom he is in charge. The Ruler is a Guardian and thus responsible for his subjects. A man is the Guardian of his family and is responsible for those under his care. In like manner, each one of you is a guardian and is responsible for what he is entrusted with. [Bukhari & Muslim]


Sacrifice
By no means shall you attain Al-Birr (piety, righteousness, etc. it means here Allah's Reward, i.e. Paradise), unless you spend (in Allah's Cause) of that which you love; and whatever of good you spend, Allah knows it well. [Ali Imran 3:92]


Teamwork
And hold fast, all of you together, to the Rope of Allah (i.e. this Quran) and be not divided among yourselves, and remember Allah's Favour on you, for you were enemies one to another but He joined your hearts together, so that by His Grace you became brethren (in Islamic Faith) and you were on the brink of a pit of Fore, and He saved you from it. Thus Allah makes His Ayat (proofs, evidence, verses, lessons, signs, revelations. etc.) clear to you, that you may be guided. [Ali Imran 3:103]

Faithful believers are to each other as the bricks of a wall, supporting and reinforcing each other. So saying, the Prophet Muhammad clasped his hands by interlocking his fingers. [Bukhari]


Understanding
And this is a blessed Book (the Quran) which We have sent down, so follow it and fear Allah (i.e. do not disobey His Orders), that you may receive mercy (i.e. saved from the tornment of Hell) [Al-Anaam 6:155]


Versatility
When you see a person seeking an object earnestly, assist him to attain his ends. And never ask for a reward except that given by Allah. [hadith of ash-Shifa]


Zeal
When three people set out on a journey, they should appoint one of them as a leader. [abu Dawud]

Life too complicated???

on 4:34 PM

Memang hidup manusia selalu dianggap complicated bukan?

Hari demi hari hilang, umur semakin lama bukan semakin tua, tetapi semakin pendek. Habis semalam, hari ini datang. Habis hari ini, hari esok datang. Nak bercakap tentang "masa sekarang" pun,"masa sekarang" dah berlalu. Tak akan berulang lagi...

Nak cipta time-machine? Back to the future? Entah jadi atau tidak.

"Eii, susahnya nk buat..."

"Tak cukup masa lah!"

"Tak tau benda tu pun boleh hidup ape??"

Masa yang lepas, masa sekarang mahupun masa yg akan datang tak akan berulang!!!
So, jangan berangan-anganlah nak undur masa ok?

Mari sama-sama muhasabah & taubat...


"Dan kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".

"(Allah berfirman): Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?"

"Maka pada hari ini Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut) untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar).

Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan kami!.
"

[Yunus 10: 90-93]



satu peringatan pada diri =|

satu benda yang complicated, buat garu kepala. entah macam mane agaknya utk student medic ni nak berjaya kenal, faham dan ingat nama satu-satu structure tu.
ni baru bahagian superficial palmar surface, tak masuk lagi ke deep, dorsum surface, arm, lower limb, thorax, etc...

mudah je Allah nak cipta, mmg Al-Khaliq bukan?

kita baru nak faham, entah ambil masa berapa lama, habis duit dan tenaga.

p/s: maaf ye kalau gambar tangan manusia yg 'pernah hidup' tu mengganggu dan menakutkan.

Anatomy Self-Test

Anatomy Online

Instant Anatomy

Nasihat sesuai dengan keadaan

on 5:03 PM



Tadi selepas solat zuhur, alhamdulillah kami menerima seorang saudara baru. Orang kiwi (new zealander). Tidak sempat bertanya dan bersapa dengannya, jadi tidak dapat saya huraikan banyak mengenainya.

Orangnya sekitar 40-an mungkin. Imam Jamal menangguhkan solat zuhur kira-kira 10 minit, untuk memberi peluang padanya berwudhu dan bersolat buat pertama kali dalam hidupnya bersama-sama kami. Cadangnya selepas solat mahu mengucapkan tahniah dan bersapaan, tetapi tidak sempat kerana dia dibawa keluar terus ke pejabat masjid.

Kisah yang mahu ditekankan adalah, mengapa dia dibawa ke pejabat? Sedangkan imam Jamal tadi berpesan sebelum solat untuk beramah mesra dengannya selepas solat?

Usai solat zuhur, bangun seorang 'musafir' dari kejauhan untuk membaca beberapa potong hadis dan memberi peringatan. Kali ini kitab yang dibaca adalah kitab "fadhail solat". Hadis yang dibaca adalah antaranya berkaitan dengan perumpamaan orang yang meninggalkan satu solat seperti orang yang kehilangan seluruh keluarga dan harta, balasan neraka pada orang yang tidak solat dan beberapa peringatan lagi tentang persekitaran yang bahaya serta kepentingan keluar ber'musafir' mengingatkan diri dan orang lain.

Alhamdulillah, bagi saya peringatan itu cukup bermakna. Tetapi kerana peringatan itu, saudara baru tadi terpaksa dibawa keluar.

Terfikir analogi, bagaikan seorang murid yang baru melangkah masuk ke dalam satu kelas, tiba-tiba dalam ucapa aluan pertama dari gurunya diberi ancaman didenda jika tidak menyiapkan kerja rumah. Belum sempat lagi disapa, berkenalan dan diberi layanan manis. Jika saya sendiri, pasti ketakutan dan mula berfikiran negatif tentang kelas itu.

Senyum sendirian, apa agaknya yang difikirkan mereka? Kenapa tidak melihat pada keadaan dan menyesuaikan peringatan??? Sekali saya rasa diketuk bila diajar secara direct seperti itu.
(ishk, tapi sekurang-kurangnya mereka lebih bagus dari diri ni yang tak buat apa-apa..)

Satu

on 6:31 PM

Umum tahu dan sedar dengan keagungan dan kemuliaan al-Quran. Kalau diimbas semula kenangan waktu kecil dulu, paling kurang masing-masing mungkin ada pengalaman dihantar balajar 'mengaji'. Kalau di kampung, biasanya hantar ke pondok ustaz ustazah dengan rotan di tangan. Waktu sekolah rendah, kalau di Selangor ada sesi sekolah petang, atau lebih tepat lagi sekolah agama berbaju putih bersampin/bertudung hijau (kini dah tukar pada kaler merah). Belajar segala macam perkara dalam islam, dari perkara yang penting dan masuk ke dalam kepala, hingga pada perkara kecil yang lama-kelamaan jadi amalan tanpa sedar.

Teringat kisah-kisah di waktu itu, dan cuba bandingkan dengan sekarang?

Waktu untuk 'menjamah' al-Quran semakin kurang. Lambakan buku tebal tepi katil dan atas almari mungkin jadi sebab. Ditambah lagi dengan laptop terpasang 24/7 sepanjang masa, tangan dan jari jemari selalu berlari ke arah mouse dan keyboard, belayar di internet (frenster cthnya) atau terpaku melihat movies dan drama. Oh, ada lagi satu!! Ramai ada masalah terikat dengan TV juga...

Cukup dulu mungkin sebagai permulaan. Peringatan untuk diri sendiri, yang selalu sangat leka.

Sebenarnya mahu berkongsi kisah semalam. Hidup dalam komuniti kecil di Dunedin, buat pertama kali, berkumpul bagi membudayakan al-Quran dalam perjalanan seharian, sambil saling memperingati semua.

Malam minggu (jumaat malam sabtu) biasanya waktu mereka (i.e. Kiwis') bersosial dengan parti mereka. Musik rancak, pub, arak dan tarian jadi pengubat mereka mengisi kekosongan. Bagi yang mengaku muslim dan beriman? Begitukah juga hiburan pengisi ruang hidup?

Semasa al-Quran baru diturunkan, kerana terlalu tinggi bahasa, sastera, nilai, peringatan dan kandungannya, kafir musyrikin Mekah bingung seketika. Bagaimana mahu melawan kekuatan bahasa yang tak terlawan ini? Lalu mereka berkumpul dan berpakat untuk melakukan beberapa perkara bagi menghentikan gerakan nabi ketika itu.

Pertama, mereka berpakat untuk mengatakan al-Quran sebagai sihir yang akan menyihir sesiapa yang mendengarnya. Kata-kata penasihat kaum kafir ketika itu, al-Walid bin al-Mughirah diceritakan Allah dalam surah al-Muddathir;

"Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh. Serta ia berkata: (al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya). Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!" (74:23-25)


Kemudian, langkah keduanya adalah dengan melarang sesiapa sahaja di kalangan mereka daripada mendengar al-Quran. Mereka tidak mahu orang lain mendengar bacaannya, dan tidak mahu ia nya disuarakan dan dikumandangkan. Mereka tidak mahu orang Mekah yang arif lagi faham akan bahasa Arab tersedar dengan ketinggian nilaian dalam al-Quran. Mereka tidak mahu jiwa dan hati terbuka kerana ketukan indah dan cantik yang dibawa itu. Firman Allah dalam surah Fussilat sudah cukup menggambarkan langkah mereka ini.

"Dan orang yang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak) supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan dan menenggelamkan suara pembacanya)." (41:26)

Andai dibuka kisah para sahabat, pasti ketemu kisah-kisah mereka yang masyhur memeluk islam setelah mendengar bacaan al-Quran. Contohnya Umar al-Khattab yang terkenal dengan ketegasannya dan kekerasannya sebelum islam, bagaimana bacaan surah Taaha oleh adiknya Fatimah menusuk hatinya hingga tergerak untuk memeluk islam.

Moga kita dapat selalu panjatkan doa dan berusaha supaya tentangan-tentangan pada al-Quran tadi (i.e. nyanyian / jeritan / tepuk sorak / bicara kosong / kejian / umpatan dll...) tidak datang menyerang dan mengalahkan diri kita.

Senang menulis, senang berkata.

Malang tapi;

Malas berkerja, sukar berbicara.