Memahami masalah

on 11:38 AM

Tertarik bila membaca berita terbaru tentang usaha Kementerian Pelajaran untuk memantau dan memberi perhatian khas kepada pelajar obes di Malaysia bagi mengatasi masalah kegemukan dan diabetes.

Walaupun setakat ini tiada pelan tindakan khas yang dikeluarkan, usaha yang dijalankan ini dikatakan akan melibatkan pelbagai pihak penting termasuk pihak pengurusan sekolah dan guru, ibu bapa, doktor, pakar pemakanan serta Kementerian Kesihatan.


Antara program khusus yang dicadangkan termasuk mewajibkan para pelajar ini mengikuti kelas senaman fizikal, kurikulum menekankan pendidikan nutrisi dan pemakanan sihat, serta penilaian perkembangan serta kemajuan pelajar yang berterusan.

Usaha ini bukan sekadar mencatit Body Mass Index (BMI) setiap murid, tetapi lebih kepada mengenal pasti golongan yang berisiko dan perlu diberi perhatian dengan lebih lanjut dengan perancangan-perancangan spesifik yang melibatkan pelbagai pihak. Tidak guna jika hanya BMI dicatat dan label 'pelajar obes' diberi, tetapi tiada langkah lanjutan.