Perubahan

on 3:32 PM


Semut yang di bawah, tugasnya mengangkat daun yang beratnya lebih berat dari dirinya sendiri. Semut yang di atas, tugasnya mempertahankan sahabatnya di bawah jika diganggu atau diserang oleh musuh. Semut-semut lain di jalanan ada tugasnya masing-masing. Membina dan menetapkan laluan, menyusun bekalan makanan di sarang dan sebagainya.

Besar pengajaran yang boleh diambil.

Ada orang bercakap tentang perubahan.
Ada orang bercakap dan berkerja sendirian untuk perubahan.
Ada orang bercakap dan berkerja sekali-sekala untuk perubahan.
Ada orang bercakap, merancang dan berkerja dengan gigih untuk perubahan.

Ada orang bercakap, merancang, berkerja dengan gigih untuk perubahan dan berusaha menarik orang lain dalam membawa perubahan.

Ada orang inginkan perubahan, lalu berkumpul bersama-sama orang lain yang inginkan perubahan, merancang dan melaksanakan perancangan yang diatur, dan bila selesai satu urusan, ditelek, diperbaiki untuk urusan akan datang. Tidak lama kemudian disusul pula dengan urusan seterusnya juga dengan teratur dan terancang.

Namun ada juga orang yang tidak kesah dan tidak buat apa-apa...

Eid Mubarak, Salam Aidilfitri

on 6:15 PM



Salam Aidilfitri
Eid Mubarak
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Kullu 'aam wa antum bi khayr
Taqabbalallahu minna wa minkum soolihul a'mal

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kebaikan kita sepanjang tahun
Semoga Ramadhan yang berlalu tidak berakhir dengan sia-sia
Semoga dipertemukan semula dengan Ramadhan yang akan datang insyaAllah

Semoga dikurniakan kebaikan dan kebahagiaan dalam kehidupan
Doakan kemenangan, kecemerlangan untuk saya dan rakan-rakan yang akan memulakan peperiksaan Medicine 501 bermula kurang 50 hari dari sekarang insyaAllah.

University of Otago
Dunedin, New Zealand

Bekerjalah kamu

on 10:40 PM

"Giving up never won a race."

"Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang beriman. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." [9: 105]

Pemuda dan masa lapang

on 12:00 AM

“Buat apa waktu cuti musim sejuk ni?” tanya saya pada seorang rakan sebagai pembuka bicara ketika kami bertemu di masjid selepas solat Jumaat tempoh hari.

“Oh, tak buat apa sangat. Main games, tengok movies, tengok world cup. Release tension sikit. Baru habis exam minggu lepas. Nak berjalan sejuk, duit pun kering. Kalau rajin sikit nanti nak cari kerja.”

“Banyak tu masa kosong. Nanti ada program, datanglah ye.” jawab saya sambil ketawa kecil.

“Boleh insyaAllah. Inform nanti ye. Kalau tak sibuk saya datang.” jawabnya sambil tersenyum.


Sibuk dan tiada masa

Sibuk, atau busy. Dua perkataan yang sering keluar dari mulut seorang pemuda masa kini. Sibuk dengan urusan apa? Hampir 10 tahun saya di alam mahasiswa, sejak di kolej sehingga ke universiti kini, antara sebab yang sering didengar adalah:

Di awal tahun sibuk dengan urusan settle down dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan. Di pertengahan tahun, sibuk dengan pelajaran, assignments dan peperiksaan. Di hujung tahun pula sibuk mengemas rumah dan mengira baki di bank untuk berjalan. Di waktu cuti pula sibuk dengan urusan-urusan seperti games, movies dan tv.

Kisah di malam yang sejuk

on 1:02 AM

Kedinginan musim sejuk sentiasa mengingatkan saya pada kisah seorang sahabat yang terulung, digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi", juga diberi kebebasan oleh Nabi SAW untuk memilih samada menjadi sebahagian dari golongan Muhajirin ataupun Ansar kerana salasilah bapanya.

Beliau adalah Hudzaifah bin al-Yaman. Bapa beliau al-Yaman adalah merupakan salah seorang dari 10 orang Bani Abbas yang datang menemui Nabi SAW ketika awal kemunculan risalah dan memeluk Islam. Kisah beliau yang sentiasa terngiang-ngiang setiap kali musim sejuk berlaku ketika Perang Khandak atau Perang Ahzab (Perang Parit) ketika tentera Kaum Musyrikin mengepung Kota Madinah.


Hudzaifah bercerita : "Malam itu kami (tentera muslim) duduk berbaris. Abu Sufyan dengan dua baris pasukan kaum musyrikin Makkah mengepung kami sebelah atas, manakala orang-orang Yahudi Bani Quraizoh berada disebelah bawah. Yang kami khuatirkan ialah serangan mereka terhadap para wanita dan anak-anak kami. Malam sangat gelap. Belum pernah kami alami gelap malam yang sepekat itu, sehingga tidak dapat melihat anak jari sendiri. Angin bertiup sangat kencang, sehingga desirnya menimbulkan suara bising yang memekakkan.

Seluruh dunia melihat: Islam pasti menang, Israel Pasti Jatuh!

on 9:20 PM

"Suatu tentera yang besar yang berada disana dari golongan-golongan yang berserikat, pasti akan dikalahkan."(Shaad: 11)
"Orang-orang Yahudi berkata: 'Tangan Allah terbelenggu', sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dila’nat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan." (Al-Maidah :64)
"Maka aku bersumpah dengan Tuhan Yang memiliki timur dan barat, sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa. Untuk mengganti (mereka) dengan kaum yang lebih baik dari mereka, dan Kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan." (Al-Maarij: 40-41)
"Apakah orang-orang kafirmu (hai kaum musyrikin) lebih baik dari mereka itu, atau apakah kamu telah mempunyai jaminan kebebasan (dari azab) dalam Kitab-kitab yang dahulu. Atau apakah mereka mengatakan: 'Kami adalah satu golongan yang bersatu yang pasti menang.'. Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang. (AlQamaar :43-45)

Selamat Hari Guru 2010

on 7:36 PM


1) Saban tahun, setiap kali menjelang tarikh 16 Mei sambutan Hari Guru disambut di Malaysia sebagai memperingati jasa dan pengorbanan para guru yang telah menabur budi mendidik dan melahirkan modal-modal insan yang berguna kepada masyarakat. Tarikh ini menjadi tarikh keramat dan disambut segenap lapisan masyarakat tanpa mengira corak latar belakang yang berbeza kerana setiap individu kini boleh dikatakan tidak pernah terlepas dari memiliki sekurang-kurangnya seorang guru di sepanjang usia hidup.

2) Sejarah menunjukkan kekuatan suatu umat atau peradaban, banyak bergantung kepada kekuatan sistem pendidikan dan modal-modal insan yang dilahirkan melalui sistem pendidikan tersebut. Sejarah juga menunjukkan kejatuhan sesuatu umat atau peradaban berlaku apabila generasi pewaris gagal dididik melalui sistem pendidikan menyeluruh yang meliputi pembinaan iman, ilmu, akhlak serta keupayaan berfikir untuk mengaplikasi ilmu di dalam dunia realiti.

3) Menoleh melihat sejarah muallim (guru) teragung, Rasulullah SAW, beberapa kisah yang menunjukkan kepentingan pendidikan dan peranan guru boleh diambil pengajaran. Pertamanya melalui wahyu pertama yang turun, dalam surah al-`Alaq yang menunjukkan kepentingan membaca dan menguasai ilmu dalam hidup. Juga kisah tawanan perang Badar yang dijadikan guru kepada anak-anak kecil di Madinah sebagai syarat pembebasan mereka pula secara ringkas menunjukkan kepentingan mendidik generasi pewaris dan membolehkan kita menuntut ilmu dan hikmah dari segala apa sumber hatta melalui mereka yang bukan Islam sekalipun.

4) Melihat pada rukun tarbiah yang digariskan Hassan Al-Banna, seorang guru yang proaktif dalam masyarakat dan akhirnya diangkat menjadi seorang mujaddid Islam di abad ini, terdapat 4 elemen penting dalam rukun ini. Pertamanya adalah orang yang menyampaikan (guru/murabbi), kedua adalah orang yang menerima (murid/mutarabbi), ketiga adalah manhaj (sistem yang dipakai) dan keempat adalah bi’ah solehah (suasana yang baik).