Prihatin Isu Umat

on 8:09 PM


Iman itu kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang.

Kerana prihatin pada isu ummat juga termasuk sebahagian daripada iman, ia juga boleh bertambah dan berkurang sebagaimana turun naiknya iman.

Begitu juga dengan semua aktiviti dalam ruang lingkup iman, baik dalam aspek keyakinan mahupun amal. Mereka boleh naik hingga sampai ke puncaknya, dan boleh pula turun sampai lemah pada satu ketika.

Maka keprihatinan pada isu ummat di Palestin, dari semasa ke semasa perlu diperingatkan dan diperkukuhkan, sebelum diri terleka dibuai dengan permainan dunia.

Hadir dan dengarlah beratus kalipun orang berbicara tentang isu penting ini, kerana setiap jejak kehadiran itu mampu meningkatkan iman, sekaligus keprihatinan dan kefahaman.

Ulang dan ulang lagi di depan setiap pancaindera, kerana kefahaman tidak dibina sekelip mata, sebaliknya memerlukan masa.

Memberi dan menerima

on 10:10 PM


Mulut manusia seperti muncung teko. Teko hanya akan mengeluarkan isi yang ada di dalamnya. Jika di dalamnya air bersih, yang keluar pun bersih. Jika di dalamnya air kotor, yang keluar pun kotor.

Akan ada masa airnya tertumpah keluar,
walaupun kita begitu berhati-hati dalam menuangnya.

Begitu juga mulut manusia, memang sukar untuk menjaganya.
Akan ada masanya, hati terguris jika silap tuturnya.

Mintalah kemaafan, dan berikan kemaafan.

Berdoalah mohon keampunan dan perbaiki kekurangan yang ada pada diri.

Jadilah seorang yang mulia dengan mudah memberi kemaafan, meredhai (melupakan kesalahan) saudaranya, dan memperbaiki kekurangan yang ada.

Memahami perubatan islam

on 9:02 AM

Memahami erti perubatan islami yang sebenar. Sangat bermanfaat terutamanya untuk para pelajar perubatan dan sains kesihatan di luar negara yang sedikit sebanyak kurang mendapat pendedahan tentang isu yang penting di tanah air kita.

Juga bermanfaat untuk masyarakat muslim secara keseluruhan agar tidak tertipu dengan label "islami" pada pelbagai kaedah perubatan lain kini.



Memahami masalah

on 11:38 AM

Tertarik bila membaca berita terbaru tentang usaha Kementerian Pelajaran untuk memantau dan memberi perhatian khas kepada pelajar obes di Malaysia bagi mengatasi masalah kegemukan dan diabetes.

Walaupun setakat ini tiada pelan tindakan khas yang dikeluarkan, usaha yang dijalankan ini dikatakan akan melibatkan pelbagai pihak penting termasuk pihak pengurusan sekolah dan guru, ibu bapa, doktor, pakar pemakanan serta Kementerian Kesihatan.


Antara program khusus yang dicadangkan termasuk mewajibkan para pelajar ini mengikuti kelas senaman fizikal, kurikulum menekankan pendidikan nutrisi dan pemakanan sihat, serta penilaian perkembangan serta kemajuan pelajar yang berterusan.

Usaha ini bukan sekadar mencatit Body Mass Index (BMI) setiap murid, tetapi lebih kepada mengenal pasti golongan yang berisiko dan perlu diberi perhatian dengan lebih lanjut dengan perancangan-perancangan spesifik yang melibatkan pelbagai pihak. Tidak guna jika hanya BMI dicatat dan label 'pelajar obes' diberi, tetapi tiada langkah lanjutan.

Perubahan

on 3:32 PM


Semut yang di bawah, tugasnya mengangkat daun yang beratnya lebih berat dari dirinya sendiri. Semut yang di atas, tugasnya mempertahankan sahabatnya di bawah jika diganggu atau diserang oleh musuh. Semut-semut lain di jalanan ada tugasnya masing-masing. Membina dan menetapkan laluan, menyusun bekalan makanan di sarang dan sebagainya.

Besar pengajaran yang boleh diambil.

Ada orang bercakap tentang perubahan.
Ada orang bercakap dan berkerja sendirian untuk perubahan.
Ada orang bercakap dan berkerja sekali-sekala untuk perubahan.
Ada orang bercakap, merancang dan berkerja dengan gigih untuk perubahan.

Ada orang bercakap, merancang, berkerja dengan gigih untuk perubahan dan berusaha menarik orang lain dalam membawa perubahan.

Ada orang inginkan perubahan, lalu berkumpul bersama-sama orang lain yang inginkan perubahan, merancang dan melaksanakan perancangan yang diatur, dan bila selesai satu urusan, ditelek, diperbaiki untuk urusan akan datang. Tidak lama kemudian disusul pula dengan urusan seterusnya juga dengan teratur dan terancang.

Namun ada juga orang yang tidak kesah dan tidak buat apa-apa...

Eid Mubarak, Salam Aidilfitri

on 6:15 PM



Salam Aidilfitri
Eid Mubarak
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Kullu 'aam wa antum bi khayr
Taqabbalallahu minna wa minkum soolihul a'mal

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kebaikan kita sepanjang tahun
Semoga Ramadhan yang berlalu tidak berakhir dengan sia-sia
Semoga dipertemukan semula dengan Ramadhan yang akan datang insyaAllah

Semoga dikurniakan kebaikan dan kebahagiaan dalam kehidupan
Doakan kemenangan, kecemerlangan untuk saya dan rakan-rakan yang akan memulakan peperiksaan Medicine 501 bermula kurang 50 hari dari sekarang insyaAllah.

University of Otago
Dunedin, New Zealand

Bekerjalah kamu

on 10:40 PM

"Giving up never won a race."

"Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang beriman. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." [9: 105]