Our World

on 5:56 PM

Cuti 3 minggu berlalu, kini bakal menjejak kaki ke semester baru. Resolusi dari cuti yg baru berlalu? Saya simpan khas utk diri, kerana seribu satu pengalaman yg dilalui disimpul dalam benak sendiri. Apapun, semoga output-nya sesuatu yg positif dan dapat dikongsi.

Bercakap tentang kitaran input-process-output, beberapa hari lepas semasa berbual dengan seorang sahabat isu ini timbul. Semuanya bermula dari perbualan tentang sebahagian dari kita yg tidak mementingkan luaran, dan mahu penilaian hanya dari 'dalaman' (walau yg di dalam itu sukar dan terlalu abstrak utk dilihat!).

"kau nampak je aku mcm ni, tapi dlm hati ni baaik laa.."

"peduli ape kalau org nak kata aku jahat, asal aku tau yg hati aku baik lagi"

Mudahnya kita berkata-kata. Moga ia jadi satu doa, dan hati yg baik itu sedar, mampu memimpin batang tubuh manusia, dan akhirnya menampilkan islam yg sebenar, bergerak ke mana-mana bagi mengajar yg lain hakikat sebuah cereka bernama kehidupan.

Minggu terakhir cuti kami diisi dengan program bersama patient and families. Bagi saya, ia waktu utk bercuti sambil belajar sesuatu.
Antara yg sukar dilupakan bila menziarahi dan menemubual seorang ibu, sambil anaknya yg terbaring di lantai tersenyum tak henti-henti pada kami.

Anaknya punya syndrome yg sangat berat, hingga tak mampu berkata-kata dan tak kuasa mengawal muscles sendiri. Kata ibu tadi, dia sentiasa gembira dan tersenyum dgn semua orang, hingga punya status selebriti.

Di sekolah dan di mana-mana, pasti ada orang yg menyapa dan bertanya khabar.

Itu dia dari kaca mata ibunya, dan rakan-rakannya. Seolah-olah dia tidak kenal erti kesedihan dan kesakitan. Tapi jauh di dalam diri siapa yg tahu??? Hanya Dia Yang Satu.

Selepas menemubual ibu tadi, kami bergerak melawat pelbagai pertubuhan dan agensi kebajikan kesihatan yg ada. Mental Health Care, Autism NZ Inc. dan Needle Exchange. Hari seterusnya bergerak ke Plunket dan Child Cancer, sebelum berkumpul semula dengan kumpulan besar utuk saling berkongsi pengalaman di tempat-tempat yg dilawati dan mendapatkan reaksi dari masing-masing.

Kebanyakan pertubuhan ini bermatlamat membantu masyarakat, dan cara gerak kerjanya adalah dengan turun padang berjumpa sendiri dengan target2 mereka.

Dalam istilah business, mereka ini first-line man yg berjumpa dan 'bermuamalah' dengan masyarakat. Mereka melaksanakan polisi-polisi yg dibicarakan panjang lebar oleh orang2 atas. Mereka melaksana dan merasa, bukan sekadar menjangka dan meneka.

Mereka punya link yg kuat antara satu sama lain. Bila sesuatu berlaku dan mereka perlukan bantuan, kumpulan yg punya expertise akan datang membantu.

Contohnya kalau seorang anak punya kanser, para doktor merawat, satu kumpulan dari mereka tadi memberi moral support, satu kumpulan lagi membantu keluarganya dan satu kumpulan lagi memberi bantuan material dan kewangan. Bagai sebuah badan yg punya kaki, tangan dan kepala yg masing2 punya tugas sendiri.

Kata seorang sahabat sekuliah saya,

"We don't need all these agencies and foundations in our country, because islam is the solution for everything. If we practise islam in our life, everything will be okay."

Betulkah begitu? Kita tidak perlukannya?
Mungkin benar, mungkin tidak, atau mungkin perlu lebih perbahasan.
Kita sama-sama fikirkan..

Di negara2 bukan islam pelbagai pertubuhan kebajikan dan masyarakat tumbuh dan menjalar ke dalam masyarakat dengan cepat. Mereka diterima, diberi bantuan fizikal, kewangan serta senang mendapat tenaga sukarela.

Di negara kita pula pelbagai pertubuhan yg bercita-cita menegakkan islam semula ditubuhkan. Masing-masing ada niche market sendiri. Kanak2, remaja, IPT, professional, ustaz2, hatta orang2 kampung menjadi golongan sasar.

Di mana-mana ada program umum untuk mengingatkan supaya kembali pada islam.
Tapi kerana manusia itu pelupa, kadangkala kita cuai dan lalai, lalu melakukan kesilapan kecil yang boleh membawa pada kemudaratan yg besar.

If We Don't Invite, We'll Be Invited

Pernah dengar kisah 'cinta' yg bermula dari perkenalan di tepi jalan untuk membetulkan tayar kereta, hingga sanggup keluar dari agama?

Atau kisah di Turki bila anak-anak muslim dihantar belajar dan tinggal dengan 'guru-guru' Kristian, hingga timbul rasa sayang mereka pada 'guru-guru' Kristian itu dan terikut-ikut dengan cara hidup mereka?

Point-nya di sini?
Kita tahu yg manusia dipengaruhi persekitaran. Jadi mengapa kita tidak jadi 'persekitaran' itu? Kenapa dibiarkan persekitaran itu dikawal oleh mereka yg tidak sepatutnya?

Balik dari kuliah agama, yg tersenyum menjual barang2 keperluan hidup bukan kita. Yg datang memberi bantuan bila kesempitan wang bukan kita. Yg datang melawat bila sakit bukan kita. Yg datang menghulur tangan bila terjatuh bukan kita.

Yg datang mengajak keluar makan, bermain atau belajar bukan kita juga!

Bila bukan kita yg mengajak, tentulah kita yg diajak. Dan biasanya orang yg mengajak ini sudah punya plan atau caranya sendiri utk melakukan sesuatu. Kita yg diajak pula cuma mengikutnya.

Maka seterusnya? lalai? lupa? tenggelam? atau tidak kisah???

Semoga sama-sama dapat penuhi tanggungjawab pada muslim yg lain...


"Ada lima kewajiban bagi seorang muslim terhadap saudaranya yg muslim;
menjawab salam, mendoakan orang yg bersin, memenuhi undangan,
menjenguk orang sakit dan mengiringi jenazah"

[Bukhari & Muslim]


Bola yg ringan, sekadar berisi angin mudah ditampar dan dibaling ke sana ke mari.

Dipukul ke atas, ia terbang melangit tinggi sebelum jatuh terhempas ke bumi.
Dipukul ke bawah, ia turun, naik berulang kali sebelum berhenti.

Bola yg berat pula, berisi pasir atau kaca, sukar ditampar dan digerak.
Walau dipukul kuat, geraknya tak ke mana, bahkan tangan yg menampar pula sakit.

Umpamakan hati kita begitu.

Bila 'isi' imannya tebal dan kuat, sesiapa saja yg cuba datang membolak-balikkan hati tidak akan berjaya, tetapi mereka pula yg akan rasa kesannya.

Tapi bila 'isi'-nya ringan?

Walau cuma angin yg datang bertiup, hati sudah lari! Samada ke kiri, kanan, atas, bawah atau melayang tanpa arah tuju. Kita pula sekadar melihat, terkesima dan tunduk mengikut!

"Allahumma inna 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika"

Ya Allah, bantulah kami utk mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu
dan melakukan amal kebaikan pada-Mu