Zaman Kebangkitan

on 2:14 PM

Zaman ini adalah zaman kebangkitan. Zaman di mana mujahid dan mujahidah muda dakwah muncul di merata tempat di seluruh pelusuk dunia memperjuangkan kalimah Allah SWT, meningkatkan kefahaman muslim tentang Islam yang hakiki serta menyebarkan Islam kepada mereka yang belum menerimanya.

Zaman ini adalah zaman di mana sistem dan produk Islam mula dicari, dikaji dan digunapakai di dalam masyarakat. Ribuan jutaan penulisan dihasilkan, samada semudah perkongsian pengalaman, curahan hati, penyampaian semula nota kuliah atau tazkirah yang didengar, sehinggalah kepada penulisan idea-idea bernas dan bermutu untuk melonjakkan lagi kebangkitan ini. Amal-amal kebaikan juga sudah mula mengalir ke dalam masyarakat dan juga mudha diterima.

Masjid Khalid al-Walid di Syria

Di celah-celah ribuan jutaan pemuda-pemuda yang berkerja ini, insyaAllah terselitlah nama kita selaku salah seorang pekerja. Walaupun bukan nama yang dicari, namun hakikatnya kerja-kerja ini membawa kepada nama kita dikenali, malah kita sendiri yang sebenarnya memerlukannya untuk terus maju ke hadapan.

Jom Tengok Langit!

on 5:08 AM

Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang.



Ya, seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi satu rasa ketenangan di dalam jiwa kita. Tetapi anak-anak harus ingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya.