Prihatin Isu Umat

on 8:09 PM


Iman itu kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang.

Kerana prihatin pada isu ummat juga termasuk sebahagian daripada iman, ia juga boleh bertambah dan berkurang sebagaimana turun naiknya iman.

Begitu juga dengan semua aktiviti dalam ruang lingkup iman, baik dalam aspek keyakinan mahupun amal. Mereka boleh naik hingga sampai ke puncaknya, dan boleh pula turun sampai lemah pada satu ketika.

Maka keprihatinan pada isu ummat di Palestin, dari semasa ke semasa perlu diperingatkan dan diperkukuhkan, sebelum diri terleka dibuai dengan permainan dunia.

Hadir dan dengarlah beratus kalipun orang berbicara tentang isu penting ini, kerana setiap jejak kehadiran itu mampu meningkatkan iman, sekaligus keprihatinan dan kefahaman.

Ulang dan ulang lagi di depan setiap pancaindera, kerana kefahaman tidak dibina sekelip mata, sebaliknya memerlukan masa.

Memberi dan menerima

on 10:10 PM


Mulut manusia seperti muncung teko. Teko hanya akan mengeluarkan isi yang ada di dalamnya. Jika di dalamnya air bersih, yang keluar pun bersih. Jika di dalamnya air kotor, yang keluar pun kotor.

Akan ada masa airnya tertumpah keluar,
walaupun kita begitu berhati-hati dalam menuangnya.

Begitu juga mulut manusia, memang sukar untuk menjaganya.
Akan ada masanya, hati terguris jika silap tuturnya.

Mintalah kemaafan, dan berikan kemaafan.

Berdoalah mohon keampunan dan perbaiki kekurangan yang ada pada diri.

Jadilah seorang yang mulia dengan mudah memberi kemaafan, meredhai (melupakan kesalahan) saudaranya, dan memperbaiki kekurangan yang ada.

Memahami perubatan islam

on 9:02 AM

Memahami erti perubatan islami yang sebenar. Sangat bermanfaat terutamanya untuk para pelajar perubatan dan sains kesihatan di luar negara yang sedikit sebanyak kurang mendapat pendedahan tentang isu yang penting di tanah air kita.

Juga bermanfaat untuk masyarakat muslim secara keseluruhan agar tidak tertipu dengan label "islami" pada pelbagai kaedah perubatan lain kini.