Kebangkitan Islam: Antara Perselisihan Yang Dibenarkan & Perpecahan Yang Dicela

on 3:51 AM

Hati saya tidak resah jika gerakan kebangkitan Islam masa kini mempunyai musuh-musuh luar yang menunggu masa untuk menyerang dan melakukan tipu daya terhadap mereka. Ini merupakan logik yang dtuntut oleh sunnah pertembungan antara kebaikan dan kejahatan. Allah telah menciptakan alam semesta yang kita tinggal ini berlandaskan sunnah ini.

Saya resah. Mata saya tidak lelap dan hati saya hancur luluh penuh kesal kerana gerakan kebangkitan Islam saling bermusuhan sesama mereka. Musuh mereka terdiri daripada kalangan anggota mereka sendiri. Mereka adalah api dalam sekam. Mereka saling pukul memukul, memperdaya dan bertembung sesama sendiri.

Saya resah, mata saya tidak lelap dan hati saya hancur luluh penuh kesal kerana gerakan kebangkitan Islam saling bermusuhan sesama mereka. Musuh mereka terdiri daripada kalangan anggota mereka sendiri. Mereka adalah api dalam sekam. Mereka saling pukul memukul, memperdaya dan bertembung sesama sendiri.

Hati saya juga tidak resah jika gerakan kebangkitan Islam mempunyai pelbagai aliran sekolah, kumpulan dan jamaah. Setiap mereka mempunyai manhajnya yang tersendiri untuk berkhidmat kepada Islam dan berkerja memperkukuhkannya di muka bumi. Mereka melaksanakannya mengikut objektif dan pendidikan yang ditetapkan, cara dan peringkat-peringkat yang ditentukan, serta berdasarkan kepercayaan kepada pelaksananya samada dari segi kekuatan, sifat amanah, kelayakan dan keikhlasan mereka.

Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa

on 2:03 AM

Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik; Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lantaran itu menjadi pembakar semangat dan perangsang. Jika ini yang dimaksudkan, ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami sokong dan kami galakkan. Bukankah usaha kita membangkitkan hemah generasi masakini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi silam. Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyentuh aspek ini:

“Manusia ini seperti logam, orang yang terbaik di zaman jahiliyyah adalah orang yang terbaik di zaman Islam, jika mereka memahami.”

Dengan ini anda boleh lihat Islam tidak menolak nasionalisme jika ia membawa maksud yang mulia ini.

Nasionalisme Dan Ummah


Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan ummah adalah orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya.

Futur dan Dosa

on 3:16 AM

Kerana ketaatan kepada pemimpin termasuk sebahagian daripada iman, maka ia juga boleh bertambah dan berkurang sebagaimana halnya iman. Sesungguhnya iman kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang sebgaimana dikatakan oleh majoriti ahli hadis dan fiqh.

Oleh kerana itu, semua aktiviti dalam ruang lingkup iman juga boleh naik hingga sampai ke puncaknya, baik dalam aspek i'tiqad ataupun 'amaliah, dan boleh pula turun sampai lemah pada satu saat.

Orang yang berjaya adalah orang yang tidak bersikap berlebihan ketika tingkat imannya naik, dan tidak pula melampaui batas ketika imannya turun. Namun dia tetap mengikut petunjuk sunnah Nabi SAW sebagaimana disabdakan Rasulullah SAW:

عن ابن عمرو : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
إن لكل عمل شرة و لكل شرة فترة
فمن كان فترته إلى سنتي فقد اهتدى
و من كانت إلى غير ذلك فقد هلك


"Setiap amal mempunyai masa semangat (syirrah), dan setiap masa semangat terdapat pula masa turun semangat (fatrah). Barangsiapa yang masa lemah semangatnya masih berada pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Dan barangsiapa yang masa lemah semangatnya menjurus ke sesuatu yang lain, maka dia akan binasa"