Berita terbaru di media melaporkan anggaran kematian kerana taufan Nargis di Myanmar minggu lalu mungkin mencecah 128 000 orang. Dalam masa 24 jam dari artikel ini ditulis pula, ribut taufan kedua dijangka akan melanda negara yang sudah musnah dan dalam keadaan kritikal ini. Kira-kira 2 juta
Pada masa yang sama di bahagian timur peta dunia, jumlah mangsa yang meninggal dunia, hilang dan dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan kerana gempa bumi di
Delta Irrawady yang terkenal dengan kesuburan tanahnya kini telah ditenggelami air. Bandar-bandar yang dahulu berdiri megah kini sudah hilang bila bangunan-bangunan yang dibina tunduk menyembah bumi. Taufan yang melanda
Melihat pada angka kematian dan kecederaan ini, timbul satu persoalan pada diri. Berapa nilai harga nyawa manusia? Jika segala infrastruktur, tanaman, ternakan dan perniagaan yang musnah atau hilang boleh dinilai dengan harga pasaran, kos pembinaan dan penjagaannya, maka bolehkah nyawa manusia juga dinilai sebegitu?
Sebagai seorang muslim, pertamanya kita perlu sedar bahawa segala bencana yang berlaku adalah ketetapan dari Allah SWT. Taufan dan gempa bumi hanyalah ‘makhluk’ yang muslim seperti manusia, di mana tugasnya adalah untuk tunduk, patuh dan menyerah diri pada Maha Pencipta. Keduanya adalah muslim secara Ijbari (terpaksa) yang tiada pilihan selain daripada tunduk kepada kehendak Allah SWT.
Manusia juga pada asalnya begitu. Diri yang dicipta lengkap dengan pelbagai sistem badan yang menyokong untuk hidup adalah juga Islam Ijbari. Jika manusia
Seterusnya, satu kelebihan kepada manusia sebagai sebaik-baik kejadian adalah mereka diberikan kebebasan untuk memilih samada untuk beriman atau tidak kepada Allah SWT. Perkara ini disimpulkan sebagai Islam Ikhtiari (pilihan) di mana manusia boleh memilih samada mahu menjadi mu’min atau kafir. Rasulullah SAW telah diutus kepada manusia untuk menjelaskan hakikat dan matlamat kehidupan. Baginda telah menunjukkan jalan yang lurus dan juga jalan yang sebaliknya. Dua tinggalan baginda yang paling berharga, al-Quran dan as-Sunnah, menjadi sumber rujukan hingga ke akhir zaman. Maka golongan yang memilih untuk beriman dan melaksanakan tuntutan keimanan mereka dengan sebaiknya, beruntunglah mereka kerana telah dijanjikan balasan terbaik di akhirat kelak. Dunia dan isinya akan redha dan datang kepada golongan ini kerana mereka punya satu persamaan. Kedua-duanya tidak kufur kepada Maha Berkuasa. Manakala bagi golongan yang menolak dan
“Maka betapa banyak negeri yang telah Kami binasakan kerana (penduduknya) dalam keadaan zalim, sehingga runtuh bangunan-bangunannya dan betapa banyak pula sumur yang telah ditinggalkan dan istana yang tinggi (tidak ada penghuninya).
Maka tidak pernahkah mereka berjalan di muka bumi sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta,
tetapi YANG BUTA IALAH HATI DI DALAM DADA.”
[Al-Hajj: 45-46]
Sejarah telah membuktikan bahawa bagi setiap kaum atau kelompok manusia itu ada waktu jatuh dan bangunnya. Begitulah sunnatullah yang telah ditetapkan. Beberapa bulan dahulu kerajaan junta
Keadaan di China juga tidak jauh berbeza jika difikirkan. Tindakan pihak polis
Apapun yang berlaku, kita sebagai muslim sebenarnya punya neraca yang terbaik untuk menilai sesuatu. Ingatlah yang kita menilai hanya dengan neraca nilaian Allah SWT, bukan dengan neraca nilaian manusia. Mungkin pada sesuatu ketika, kita tidak mampu untuk memahami nilaian Allah SWT, tetapi ingatlah bahawa Dia Yang Maha Penyayang sentiasa memberikan yang terbaik untuk diri kita, selagi kita berusaha dengan cara yang diterima-Nya. Jika kita mahu memuaskan hati manusia (baca: nafsu) maka sampai bilapun ia tidak akan tercapai. Letakkanlah neraca nilaian Allah SWT pada tempat yang pertama dalam segala perkara.
Beringatlah bahawa kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa. Sentiasa berusaha untuk membersihkan hati supaya ia tidak buta dek kesalahan-kesalahan yang kita lakukan. Bebaskanlah diri daripada kongkongan jahiliah, iaitu sesuatu yang selain daripada Islam, sebelum terlambat. Pada saat ini, atau seketika nanti (atau bila-bila sahaja mungkin!) kehidupan ini tidak akan bererti lagi bagi kita. Segala kesenangan dan kemewahan dunia akan lenyap. Yang tinggal hanyalah amalan-amalan kita, sedekah jariah dan doa dari anak-anak yang soleh.