Dilahirkan di Kuala Kubu Bharu pada 26 Safar 1407H, anak ketiga dari lapan orang adik beradik. Menetap di Kuala Lumpur dan kini sedang bekerja sebagai doktor perubatan di Wellington, New Zealand. Alhamdulillah telah mendirikan baitul muslim bersama zaujah tercinta, Natasha bt Ismail.
PendidikanTadika ABIM Kuala Kubu Bharu (1991)
Tadika Ihkam Gombak (1992)
SRI Al-Amin Gombak, Selangor (1993-1998)
Maktab Mahmud Alor Setar (1999-2001)
MRSM Pontian (2002-2003)
Kolej MARA Banting (2004-2006)
Uni. of Otago, New Zealand (2006-2011)
Waktu Wellington, New Zealand
Waktu Kuala Lumpur, Malaysia
Penyubur Semangat
Nama penuh sahabat Rasulullah SAW ini adalah Mus'ab bin Umair, anak kepada seorang bangsawan di Mekah. Antara gelaran yang diberi kepadanya adalah Mus'ab al-Abdari, Mus'ab al-Khayr dan Mus'ab al-Muqri.
Harta & Keluarga Bukan Penghalang"Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik adiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyiksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam."
Duta Islam Pertama"Selepas selesai Bai’ah Aqabah ini, Rasulullah SAW mengutuskan Mus’ab bin Umair sebagai ‘duta’ ke Yathrib bersama-sama kumpulan berbai’ah ini. Misinya adalah untuk mengajar orang-orang Islam di sana berkenaan agama Islam, serta untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka yang masih musyrik."
Syahid di Medan Uhud"Menyedari kehadiran Mus’ab, sebahagian tentera-tentera musyrikin yang asalnya menghala serangan ke arah Rasulullah beralih arah dengan meluru ke arahnya. Antaranya, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah yang menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam."
"Saat memandang jasad suci Mus'ab bin Umair, Rasulullah SAW membacakan:
'Di antara orang-orang Mukmin terdapat pahlawan-pahlawan yang telah menepati janjinya dengan Allah...' (Al-Ahzab: 23)"
1 comments:
Salam,
ppl might consider this link...
http://www.mpacuk.org/content/view/4989/
Wallahu'alam
Post a Comment