Anda bukan berinteraksi dengan batu-batu keras atau manusia malaikat yang suci dari noda dan dosa. Tetapi, dengan jiwa manusia yang mempunyai pelbagai naluri: naluri suka menjadi kekal, gemarkan banyak dan melimpah, dan naluri ingin memuaskan seks. Ada pula naluri dendam, waspada dan ingin mempertahankan pegangan sendiri serta suka mengembangkannya kepada orang lain.
Sesungguhnya jiwa manusialah medan segala perubahan sosial dan politik yang berterusan berlaku dalam sejarah dulu dan kini. Kebangkitan semuanya adalah kerana mahu mengisi perut, memuaskan nafsu seks dan gilakan kemewahan. Kebangkitan kerana membalas terhadap perampas tanahnya atau wanita.
Hassan al-Banna telah berkata:
"Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.
Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.
Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad. Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.
Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa."
0 comments:
Post a Comment