Walaupun setakat ini tiada pelan tindakan khas yang dikeluarkan, usaha yang dijalankan ini dikatakan akan melibatkan pelbagai pihak penting termasuk pihak pengurusan sekolah dan guru, ibu bapa, doktor, pakar pemakanan serta Kementerian Kesihatan.
Usaha ini bukan sekadar mencatit Body Mass Index (BMI) setiap murid, tetapi lebih kepada mengenal pasti golongan yang berisiko dan perlu diberi perhatian dengan lebih lanjut dengan perancangan-perancangan spesifik yang melibatkan pelbagai pihak. Tidak guna jika hanya BMI dicatat dan label 'pelajar obes' diberi, tetapi tiada langkah lanjutan.
Latar Belakang
Usaha ini merupakan lanjutan kepada laporan kajian terbaru dari Kementerian Kesihatan yang menunjukkan sekitar 60 peratus remaja 18 tahun ke bawah, yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah, mengalami obesiti serta diabetes.
Langkah Kabinet untuk melarang serta merta jualan semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan dijual di kantin sekolah sedikit sebanyak menunjukkan keseriusan masalah yang sedang sedang berlaku dan bakal melarat jika tidak dicegah dari sekarang.
Tidak mengejutkan dari satu kajian lain menunjukkan hampir 43% daripada penduduk Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, dan pada masa yang sama bilangan pesakit buah pinggang sehingga memelukan dialisis meningkat lebih dua kali ganda dalam 10 tahun lepas.
Tidak mahu megulas panjang dari sudut pandangan perubatan tentang perkara ini, tetapi ada beberapa perkara yang saya mahu kongsikan yang mungkin memberi manfaat kepada ramai.
Biopsychosocial model
Dalam bidang perubatan, biopsychosocial model telah lama digunapakai sebagai salah satu cara yang berkesan untuk memahami latar belakang dan punca penyakit seseorang pesakit. Secara ringkasnya, model ini menekankan bahawa terdapat tiga faktor penting yang perlu difahami dari seorang pesakit untuk memastikan rawatan yang diberi berkesan dan berjaya.
Faktor pertama adalah biological yang merujuk kepada perkembangan penyakit dari sesuatu yang nyata, menyimpang dari fungsi normal seperti serangan virus atau bakteria, pertumbuhan tumor, trauma atau kecederaan, dan kesilapan pada genetik atau perkembangan sejak lahir.
Faktor kedua adalah psychological yang merujuk kepada cara seseorang berfikir, tahap emosi dan perangai kelakuan (behaviour) seseorang dalam mendepani kehidupan. Sebagai contoh untuk memahami faktor ini, cuba bayangkan satu masalah yang berlaku di rumah anda dan fikirkan bagaimana ahli rumah anda menghadapi masalah ini. Mungkin ada yang terus bertindak, ada yang berfikir dahulu secara mendalam, ada yang tidak kisah dan mungkin ada yang melarikan diri. Emosi pula merujuk kepada keadaan diri seperti marah, sedih, tenang, atau tidak berperasaan.
Manakala faktor ketiga adalah faktor social yang merujuk kepada latar belakang sosial seseorang, bagaimana dia dibesarkan, keadaan keluarga dan tempat tinggal, bagaimana dia bergaul serta sumber sokongan dari keluarga atau rakan yang mampu menyokong pesakit ketika dia berada di dalam masyarakat.
Suatu masa dahulu ramai yang memahami bidang perubatan adalah semata-mata merujuk kepada faktor pertama (i.e. traditional model), namun pandangan kini sudah semakin berubah dan faktor-faktor lain mula dimasukkan kerana membetulkan faktor biological sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah pesakit secara keseluruhan.
Disebabkan itu kini jika anda atau sesiapa sahaja yang datang berjumpa doktor di hospital, pasti akan ada soalan-soalan yang ditanya berkaitan masalah perubatan lalu, latar belakang keluarga dan keadaan sosial (past medical history, family history, social history, psych review in review of system).
Pengajaran buat daei
- Kesihatan dan daei tidak boleh dipisahkan. Dakwah mengajar kita untuk berpandangan jauh dalam sesuatu perkara dan dakwah kita adalah dakwah yang syumul. Kita tidak mahu daei yang bersungguh-sungguh semasa mudanya dengan kerja dakwah, tersungkur apabila usia menjejak 40an kerana masalah kesihatan. Tidak hairan dalam 38 wajibaat yang digariskan Hassan Al-Banna lebih tiga daripadanya merujuk kepada perkara berkaitan kesihatan tubuh badan.
- Menjaga kesihatan juga bukan hanya pada diri sendiri, tetapi pada ahli keluarga baitul muslim yang dimiliki. Jika tidak berkeluarga lagi, kesihatan, persekitaran dan pemakanan adik beradik, ibu bapa, saudara mara dan ahli rumah perlu juga dijaga kerana banyak masalah boleh timbul dalam keluarga jika kesihatan tidak dijaga. Bukan sedikit kita melihat daei yang bersedih, sibuk, letih dan terpaksa keluar dari program dakwah kerana masalah kesihatan keluarga.
- Menyelesaikan masalah mutarabbi, atau sesiapa sahaja target dakwah anda pertamanya memerlukan daei memahami latar belakang beliau. Maka proses perkenalan dengan taaruf dan tafahum perlu lebih dahulu berlaku sebelum melompat ke fasa seterusnya. Ia mungkin memakan masa yang lama dan memerlukan tenaga yang banyak, tetapi insyaAllah hasilnya lebih berkesan jika latar belakang punca masalah difahami lebih mendalam.
- Menyelesaikan masalah mutarabbi, atau sesiapa sahaja target dakwah anda memerlukan perancangan yang teliti dan berkesan. Daei dan murabbi perlu duduk berfikir dan merancang dengan teliti, menetapkan objektif yang mahu dicapai, menggariskan objektif yang boleh diukur dalam selang masa tertentu supaya muhasabah dan koreksi pencapaian objektif berlaku. Tindakan sembarano mengikut keadaan semasa dan isu panas bukan lagi satu pilihan ketika musuh islam berkerja secara terancang.
- Menyelesaikan masalah mutarabbi, atau sesiapa sahaja target dakwah anda memerlukan penglibatan pelbagai pihak samada secara langsung atau tidak. Keluarga, ahli rumah, rakan sekelas, rakan sepermainan, guru atau pensyarah semuanya memainkan peranan. Manfaatkan mereka samada untuk memahami mutarabbi lebih mendalam, dan gunakan kelebihan mereka untuk membantu menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti yang ingin dibina.
- Tarbiyah maadal hayah. Proses pembinaan manusia dengan tarbiah berlaku sepanjang masa, sepanjang umur kita. Tarbiah tidak boleh hanya berlaku ketika di sekolah atau ketika di universiti. Ketika di rumah dan di tempat kerja, hatta selepas umur pencen, semuanya memerlukan proses pembinaan yang berterusan. Masalah boleh timbul pada bila-bila bilangan usia, jadi usaha tarbiyah tidak boleh terhenti di mana-mana. Tidak ada istilah rehat, apatah lagi graduasi, dalam kamus tarbiyah kita!
ما يصدر من القلب فمحله القلب , وما يصدر من اللسان فمحله الآذان
"Apa yang terbit dari hati maka akan sampai ke hati,
sedangkan apa yang yang terbit dari lisan akan sampai ke telinga sahaja."
0 comments:
Post a Comment