my first test post
before berangkat ke ettrick
ladang appple bakal jadi lapangan
bermain-main dengan pokok di hutan
salam perjuangan dari celahan rimbunan
"Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik adiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyiksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam."Duta Islam Pertama
"Selepas selesai Bai’ah Aqabah ini, Rasulullah SAW mengutuskan Mus’ab bin Umair sebagai ‘duta’ ke Yathrib bersama-sama kumpulan berbai’ah ini. Misinya adalah untuk mengajar orang-orang Islam di sana berkenaan agama Islam, serta untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka yang masih musyrik."Syahid di Medan Uhud
"Menyedari kehadiran Mus’ab, sebahagian tentera-tentera musyrikin yang asalnya menghala serangan ke arah Rasulullah beralih arah dengan meluru ke arahnya. Antaranya, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah yang menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam."
"Saat memandang jasad suci Mus'ab bin Umair, Rasulullah SAW membacakan:
'Di antara orang-orang Mukmin terdapat pahlawan-pahlawan yang telah menepati janjinya dengan Allah...' (Al-Ahzab: 23)"
0 comments:
Post a Comment