Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan

on 12:31 PM

Bagaimana kita menyambut bulan yang mulia ini...

  • Kita niatkan untuk berpuasa.
  • Kita niatkan untuk menjaga supaya menunaikan solat di masjid.
  • Kita niatkan untuk tilawah al-Quran dan menghafaz sebanyak-banyaknya darinya, dan begitu juga kita niatkan untuk menghafaz hadis-hadis Nabi SAW
  • Kita niatkan untuk menunaikan solat tarawih.
  • Kita menolong yg fakir dan bersedekah kepada yang miskin.
  • Kita berniat utk i'tikaf (di masjid) dan menghidupkan lailatul qadr.
  • Kita berniat menghubung silaturrahim dan menziarahi jiran.
  • Kita perbanyakkan doa dan tadharru' (memohon, merayu) kpd Allah supaya membantu saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, dan semoga Dia menjaga negara-negara kaum muslimin dari tipu daya musuh-musuh.
  • Kita menyambut ramadhan dengan gembira dan hati yang suka. Menghiaskan perhiasan yang cantik di setiap tempat (rumah, dan jalan2 dan sekolah2).
  • Kita menyambut kedatangan bulan yang mulia dengan gembira dan ucapan tahniah antara satu sama lain sempena kedatangan bulan mulia ini (ziarah, berhubung dengan telefon) dan galakkan diri berbuat amal kebaikan.
  • Kita menyambut Ramadhan dgn berlumba-lumba ke arah kebaikan dan mendapatkan pahala sebanyak-banyaknya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ramadhan tiba kepadamu, bulan yg berkat, Allah mendatangimu di dalamnya (Ramadhan), dan rahmat turun dan kesalahan dihapuskan, diperkenankan doa-doa, Allah melihat kepada perlumbaan2 (di antaramu dalam mengejar kebaikan), malaikat-malaikatNya kagum denganmu, maka Allah perlihatkan kebaikan pada diri-dirimu; sesungguhnya orang yang celaka ialah orang yg diharamkan rahmat Allah azza wa jalla". Maka ayuhlah kekasih-kekasihku, kita berlumba-lumba bersama-sama saudara-saudara kita dan sahabat-sahabat kita untuk berbuat kebaikan di dalam bulan yang hebat ini.



Kita memohon kepada Allah azza wa jalla agar memuliakan kita dengan Ramadhan dengan segala kebaikan, dan agar Dia mengurniakan kepada kita dengan keafdhalan dan berkat, dan agar Dia membantu umat kita dan membebaskannya daripada ujian-ujian dan malapetaka...
Ya Allah, perkenankanlah.
.

1 comments:

Anonymous said...

Jazakallahu khayran. TQFS

Meminta permission utk posting on MD website :)