Kebangkitan Islam: Antara Perselisihan Yang Dibenarkan & Perpecahan Yang Dicela

on 3:51 AM

Hati saya tidak resah jika gerakan kebangkitan Islam masa kini mempunyai musuh-musuh luar yang menunggu masa untuk menyerang dan melakukan tipu daya terhadap mereka. Ini merupakan logik yang dtuntut oleh sunnah pertembungan antara kebaikan dan kejahatan. Allah telah menciptakan alam semesta yang kita tinggal ini berlandaskan sunnah ini.

Saya resah. Mata saya tidak lelap dan hati saya hancur luluh penuh kesal kerana gerakan kebangkitan Islam saling bermusuhan sesama mereka. Musuh mereka terdiri daripada kalangan anggota mereka sendiri. Mereka adalah api dalam sekam. Mereka saling pukul memukul, memperdaya dan bertembung sesama sendiri.

Saya resah, mata saya tidak lelap dan hati saya hancur luluh penuh kesal kerana gerakan kebangkitan Islam saling bermusuhan sesama mereka. Musuh mereka terdiri daripada kalangan anggota mereka sendiri. Mereka adalah api dalam sekam. Mereka saling pukul memukul, memperdaya dan bertembung sesama sendiri.

Hati saya juga tidak resah jika gerakan kebangkitan Islam mempunyai pelbagai aliran sekolah, kumpulan dan jamaah. Setiap mereka mempunyai manhajnya yang tersendiri untuk berkhidmat kepada Islam dan berkerja memperkukuhkannya di muka bumi. Mereka melaksanakannya mengikut objektif dan pendidikan yang ditetapkan, cara dan peringkat-peringkat yang ditentukan, serta berdasarkan kepercayaan kepada pelaksananya samada dari segi kekuatan, sifat amanah, kelayakan dan keikhlasan mereka.

"Satu tindakan berpemikiran cetek jika saya mengajak mereka kepada sebuah jamaah atau gerakan yang menggabungkan semua aktivis Islam dalam satu sistem dan di bawah sat kepimpinan. Seruan ini dihalang oleh pelbagai dinding pemisah. Ia juga merupakan sikap tamak yang tidak bertempat."

Saya telah nyatakan dalam banyak kajian saya, bahawa tiada halangan berbilang-bilang kumpulan dan jamaah yang berkerja membantu Islam. Sekiranya kewujudan jamaah yang berbilang-bilang tersebut merupakan kepelbagaian jenis dan pengkhususan, bukan berbilang-bilang kerana saling bercanggah dan berlawanan.

Selain itu juga, kerjasama dan penyelarasan antara semua kumpulan dan jamaah itu mestilah berlaku walaupun sedikit agar mereka saling menyempurna, memperkukuh dan membentuk satu barisan dalam menghadapi isu-isu hidup mati Islam dan masalah bersama. Seolah-olah mereka merupakan sebuah binaan yang tersusun.

Namun yang benar-benar menghiris hati ialah terdapat para pendakwah dan aktivis Islam yang tidak menghormati perkara ini dengan sewajarnya. Mereka menaburkan benih-benih perpecahan di mana sahaja mereka berada. Mereka mencari-cari perkara yang boleh menyalakan api perselisihan serta menimbulkan permusuhan juga kebencian. Tumpuan mereka sentiasa terletak pada tempat-tempat perselisihan dan bukannya titik-titik persepakatan. Mereka selalu merasa takjub dengan pandangan mereka sendiri, memuji diri, dan jemaah mereka dan membuat tohmahan kepada orang lain.

"Hakikatnya, perselisihan bukanlah merbahaya, terutamanya perselisihan dalam perkara furu’ dan sesetengah perkara usul yang bukan asasi. Bahaya yang sebenar terletak pada perpecahan dan permusuhan."

Oleh kerana itu, kebangkitan dan gerakan Islam dengan pelbagai aliran dan sekolah perlu kepada kesedaran mendalam yang kita namakan Fiqh Perselisihan.

** Petikan kata pengantar dari buku terbaru dalam koleksi: as-sohwatul islamiyyah: bainal ikhtilaf al masyru’ wa tafarruq al mazmum (Kebangkitan Islam: Di Antara Peselisihan Yang Dibenarkan Dan Perpecahan Yang Dicela.) karangan Dr. Yusuf al-Qardhawi. Doakan saya mampu mengkhatamkan buku ini. =)

0 comments: