Iman itu kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang.
Kerana prihatin pada isu ummat juga termasuk sebahagian daripada iman, ia juga boleh bertambah dan berkurang sebagaimana turun naiknya iman.
Begitu juga dengan semua aktiviti dalam ruang lingkup iman, baik dalam aspek keyakinan mahupun amal. Mereka boleh naik hingga sampai ke puncaknya, dan boleh pula turun sampai lemah pada satu ketika.
Maka keprihatinan pada isu ummat di Palestin, dari semasa ke semasa perlu diperingatkan dan diperkukuhkan, sebelum diri terleka dibuai dengan permainan dunia.
Hadir dan dengarlah beratus kalipun orang berbicara tentang isu penting ini, kerana setiap jejak kehadiran itu mampu meningkatkan iman, sekaligus keprihatinan dan kefahaman.
Ulang dan ulang lagi di depan setiap pancaindera, kerana kefahaman tidak dibina sekelip mata, sebaliknya memerlukan masa.