Prihatin Isu Umat

on 8:09 PM


Iman itu kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang.

Kerana prihatin pada isu ummat juga termasuk sebahagian daripada iman, ia juga boleh bertambah dan berkurang sebagaimana turun naiknya iman.

Begitu juga dengan semua aktiviti dalam ruang lingkup iman, baik dalam aspek keyakinan mahupun amal. Mereka boleh naik hingga sampai ke puncaknya, dan boleh pula turun sampai lemah pada satu ketika.

Maka keprihatinan pada isu ummat di Palestin, dari semasa ke semasa perlu diperingatkan dan diperkukuhkan, sebelum diri terleka dibuai dengan permainan dunia.

Hadir dan dengarlah beratus kalipun orang berbicara tentang isu penting ini, kerana setiap jejak kehadiran itu mampu meningkatkan iman, sekaligus keprihatinan dan kefahaman.

Ulang dan ulang lagi di depan setiap pancaindera, kerana kefahaman tidak dibina sekelip mata, sebaliknya memerlukan masa.


=============================================

عن ابن عمرو : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
إن لكل عمل شرة و لكل شرة فترة
فمن كان فترته إلى سنتي فقد اهتدى
و من كانت إلى غير ذلك فقد هلك

"Setiap amal mempunyai masa semangat (syirrah), dan setiap masa semangat terdapat pula masa turun semangat (fatrah). Barangsiapa yang masa lemah semangatnya masih berada pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Dan barangsiapa yang masa lemah semangatnya menjurus ke sesuatu yang lain, maka dia akan binasa."

0 comments: