Menjelang musim peperiksaan ini, suka saya untuk berkongsi beberapa waktu mustajab untuk berdoa, khususnya waktu di sekitar solat.
Selayaknya pengharapan dan permintaan semuanya kembali kepada Maha Pemilik dan Maha Pencipta, bukan kepada manusia semata-mata.
Semoga kumpulan waktu mustajab doa ini bermanfaat untuk semua insyaAllah.
Ibnu Atha’ berkata: “Doa itu mempunyai beberapa rukun (sendi) yang kuat, mempunyai beberapa sayap mampu naik ke langit tinggi, mempunyai beberapa sebab menyebabkan diterimanya. Rukun doa itu ialah hadir hati bila berdoa serta tunduk menghinakan diri kepada Allah SWT. Sayapnya ialah berdoa dengan sepenuh kemahuan, keikhlasan yang timbul daripada lubuk jiwa dan (masanya berdoa) bertepatan dengan waktunya. Sebab ia diterima ialah berselawat kepada Nabi SAW sebelum berdoa.”
Antara waktu-waktu mustajab doa:
1. Ketika hendak solat
“Berdoalah
pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu
mendirikan solat dan ketika hujan turun.” [HR Abu Daud]
2. Waktu diantara azan dan iqamah
Sabda Nabi SAW: “Tidaklah ditolak
doa diantara azan dan iqamah .” [HR Al-Tirmizi, dianggap sebagai sahih oleh
Al-Albani dalam Sahih Al-Jami]
Nabi SAW juga bersabda: “Dua jenis
doa yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT atau jarang sekali ditolak, doa
sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.” [HR Abu Dawud, hadis hasan]
3. Selepas mengucapkan ‘Aameen’ apabila
selesai membaca surah al-Fatihah
Sabda Nabi
SAW: “Apabila imam mengatakan ‘Aameen’, maka ucapkanlah ‘Aameen’. Sesiapa yang
mengucapkan ‘Aameen’ bersama dengan para malaikat, dan diampunkan dosa yang
telah lalu.” [HR Bukhari dan Muslim]
4. Ketika sujud dalam solat
Sabda Nabi SAW: “Sehampir-hampir
hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa.” [HR
Muslim]
5. Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
dalam tahiyat akhir
Selepas mengajar bacaan tahiyyat
kepada para sahabat, Nabi SAW bersabda: “Kemudian (apabila selesai membaca
tahiyyat) pilihlah pemintaan yang dia kehendaki (dari Allah).” [HR Muslim]
Sabda Nabi SAW juga: “Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara iaitu: (Ya Allah aku berlindung kepada mu) dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari (fitnah) Dajjal. Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai dengan kehendaknya.“ [HR an-Nasa’i, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan an-Nasa’i]
6. Selesai solat fardu
Ditanya kepada
Rasulullah SAW, “Doa manakah yang didengar?” Lalu sabda baginda SAW: “Doa itu
mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” [HR Al-Tirmizi
dianggap hasan oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan Al-Tirmizi]
7. Pada waktu tengah malam terutama sepertiga
akhir malam
Sabda Nabi SAW: “Allah SWT turun
ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Ada sesiapa
yang memohon kepada-Ku untuk Ku-makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku
untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk
Kuampunkan?” [HR Bukhari dan Muslim]
8. Sepanjang hari Jumaat dengan harapan
bersua dengan waktu mustajab doa
Sabda Nabi SAW: “Pada hari Jumaat
itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah,
maka akan diberikannya.” [HR Bukhari & Muslim]
9. Waktu menerima ujian
Allah SWT berfirman dalam surah
al-Naml ayat 62 yang bermaksud:
“Atau siapakah yang memperkenankan
doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan
kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu)
mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama
Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).”
Menurut pandangan ulama , dijamin
penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang
berlaku menyebabkan timbulnya perasaan pasrah dan ikhlas berdoa meminta
diselamatkan . (Tafsir al-Qurtubi ,tafsir ayat 62 surah al-Naml)
0 comments:
Post a Comment