Tuesday, October 18, 2011
Sehari suntuk hujan turun lebat di bumi Dunedin, dan ramalan cuaca menjangka akan terus hujan dan basah sekurang-kurangnya sehingga tengahari esok. Hujan adalah salah satu rahmat yang utama dari Allah, jadi elakkanlah dari mencerca atau berkeluh-kesah.
Boleh mulakan dengan berfikiran positif, melihat kepada beberapa kelebihan yang diberikan ketika hujan turun. Waktu hujan merupakan antara waktu mustajab untuk berdoa.
Imam al-Syafi'i berkata, "Aku telah mendapati banyak orang yang mencari terkabulnya doa pada saat turun hujan dan pada saat shalat didirikan."
Sabda Nabi SAW: “Berdoalah pada waktu mustajab doa, iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.” [HR Abu Daud]
Nabi SAW juga mengajar untuk berdoa ketika hujan turun. Antara doa yg diajar oleh baginda ialah doa yg diriwayatkan oleh 'Aisyah r.a yang cukup bermakna dan mudah untuk diamalkan. Doanya seperti berikut:
اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
(Allahumma Soyyiban Naafi'a)
"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg memberi manfaat." [Riwayat Bukhari]
Dalam riwayat Sunan Ibnu Majah, baginda mengucapkan doa ini sebanyak dua atau tiga kali. Jika risau akan hujan memberi mudarat dan menyebabkan kebinasaan, kita boleh membaca doa yang pernah diucap oleh Nabi SAW:
اللَّهُمَّ حَوْلَنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
(Allahumma Haulanaa Walaa ‘Alaynaa, Allahumma ‘Alal Akaami Wazzharaabi Wabuthuunil Awdiyati Wamanaa Bitisy Syajar)
"Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau turunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukau, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” [HR Bukhari & Muslim]
Kesimpulannya, berfikiran positiflah dan gunakan kesempatan yang ada untuk memanjatkan doa memohon hajat terutama menjelang musim peperiksaan ini.
Tak lupa, kena elakkan dari terjangkit gejala "kek gulung" di atas katil ketika hujan, dengan alasan untuk memanaskan badan! =)
1 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
FOTO
Post a Comment