Nasihat sesuai dengan keadaan

on 5:03 PM



Tadi selepas solat zuhur, alhamdulillah kami menerima seorang saudara baru. Orang kiwi (new zealander). Tidak sempat bertanya dan bersapa dengannya, jadi tidak dapat saya huraikan banyak mengenainya.

Orangnya sekitar 40-an mungkin. Imam Jamal menangguhkan solat zuhur kira-kira 10 minit, untuk memberi peluang padanya berwudhu dan bersolat buat pertama kali dalam hidupnya bersama-sama kami. Cadangnya selepas solat mahu mengucapkan tahniah dan bersapaan, tetapi tidak sempat kerana dia dibawa keluar terus ke pejabat masjid.

Kisah yang mahu ditekankan adalah, mengapa dia dibawa ke pejabat? Sedangkan imam Jamal tadi berpesan sebelum solat untuk beramah mesra dengannya selepas solat?

Usai solat zuhur, bangun seorang 'musafir' dari kejauhan untuk membaca beberapa potong hadis dan memberi peringatan. Kali ini kitab yang dibaca adalah kitab "fadhail solat". Hadis yang dibaca adalah antaranya berkaitan dengan perumpamaan orang yang meninggalkan satu solat seperti orang yang kehilangan seluruh keluarga dan harta, balasan neraka pada orang yang tidak solat dan beberapa peringatan lagi tentang persekitaran yang bahaya serta kepentingan keluar ber'musafir' mengingatkan diri dan orang lain.

Alhamdulillah, bagi saya peringatan itu cukup bermakna. Tetapi kerana peringatan itu, saudara baru tadi terpaksa dibawa keluar.

Terfikir analogi, bagaikan seorang murid yang baru melangkah masuk ke dalam satu kelas, tiba-tiba dalam ucapa aluan pertama dari gurunya diberi ancaman didenda jika tidak menyiapkan kerja rumah. Belum sempat lagi disapa, berkenalan dan diberi layanan manis. Jika saya sendiri, pasti ketakutan dan mula berfikiran negatif tentang kelas itu.

Senyum sendirian, apa agaknya yang difikirkan mereka? Kenapa tidak melihat pada keadaan dan menyesuaikan peringatan??? Sekali saya rasa diketuk bila diajar secara direct seperti itu.
(ishk, tapi sekurang-kurangnya mereka lebih bagus dari diri ni yang tak buat apa-apa..)

1 comments:

munirmuji said...

haere mai...keep on sharing bro...i was tersengih read ur statement on y dat reverted brother brought to mosques' office...

ahaks...probably, d uslub implemented by those visitors wasn't really comprehensive..cudn't find d coherence n continuity if i was in dat brothers' shoes...

may ALLAH bless him btw...hope to meet just to congrate to him tomorrow..aftar jum'ah might be alrite..

salam