Easter & Books

on 9:12 AM

Baru usai South Island Brothers Camp kelmarin. 3 daripada 5 hari cuti Easter dihabiskan untuk kem ini. Keletihan, gembira dan semangat. Sejak 2 bulan lepas merancang, Alhamdulillah akhirnya terlaksana dengan jayanya. Dari Christchurch dan Dunedin bertemu, dengan kehadiran tertinggi setakat ini saya rasa, hampir mencecah 80 orang. Namun saya kesalkan satu perkara. Figure saya sepanjang kem, ke sana ke mari dengan loud-hailer, whistle atau marker di tangan membuatkan saya kurang berkesempatan untuk berkenalan dan menghabiskan masa dengan sahabat-sahabat, baik baru mahupun lama. Satu kekurangan, disadvantage pada pengendali program kerana tidak dapat bersama dekat dengan 'masyarakat'?

Bagaimana agaknya nanti bila sudah berjawatan besar, di tempat kerja? Di kawasan perumahan, di dalam negeri? Bagaimana mahu jadi pemimpin masyarakat? Pemimpin negara? Apa lagi pemimpin umat Islam, dengan latar belakang sosio dan budaya yang berbeza?

Seseorang pemimpin yang dipilih punya tanggungjawab untuk melaksanakan amanah, dan pada masa yang sama memastikan hubungannya dengan masyarakat terjaga. Bagi saya yang pertama itu lebih mudah dari yang kedua. Pelaksanaan program berjalan mengikut apa yang sudah dirancang, di'tuliskan' di atas kertas. Cuma perlu laksanakan sahaja, dan bila ada apa-apa perubahan
back-up tersedia. Tetapi yang kedua tidak. Mood dan personaliti orang di sekeliling tidak boleh dicetak di atas kertas. Ada seribu satu macam sifat dan kerenah yang perlu dihadapi. Bila berhadapan dengan orang yang sifatnya 'api', perlu bijak jadi air atau tanah. Dengan orang yang sifatnya 'besi', perlu mahir jadi penggilap supaya bersinar atau tukang lebur supaya acuan yang mantap dapat dibentuk.

Apapun, pengalaman terjun sungai dengan air sesejuk ais, makan epal fresh dari pokok, papan gelongsor setinggi 3 meter, breakfast ala kadar dengan 2 keping roti dan mixed-spread 'sesuka hati' (note: stok makanan habis
on last day), sesi kuiz yang meriah dan sangat informatif, tazkirah subuh di keliling unggun api, dan kenangan lain dalam masa 3 hari yang terasa singkat akan sentiasa diingati. Pengajaran, peringatan dan ilmu yang diperoleh inshaAllah akan dimaksimakan kegunaannya dalam kehidupan seharian.

Cuti tinggal sehari, sekarang perlu buka buku,
study Endocrine dan Brain & Behaviour. Harapan untuk baca buku baru nampaknya tertangguh sekali lagi.

Koleksi buku dari cuti
summer lepas masih ada yang tertangguh untuk dibaca, kini tambah 3 buah buku baru dari perpustakaan universiti untuk dibaca. Semua gara-gara pukulan hebat dalam PRU-12 yang lepas, membuatkan saya kepingin baca buku-buku sebegini.

1) Malaysia In Transition: Politics and Society (Abdul Razak Baginda)
2) May 13: Declassified Documents On The Malaysian Riots 0f 1969 (Kua Kia Soong)
3) Other Malays: Nationalism and Cosmopolitanism In the Modern Malay World (Joel S. Kahn)

Sepanjang summer, tiap kali ke kedai buku, pasti ada buku yang dicapai. Hampir 20 buah buku
in total rasanya. Yang sudah habis dibaca baru separuh. Yang lain masih tersusun dalam almari di bilik. Ya Allah, kurniakan aku kekuatan, kefahaman dan kelapangan untuk menekuni lautan ilmu-Mu yang semakin lama nampak semakin luas bagiku!

Novel:
1)
Imam - Abdullah Hussein (Koleksi peribadi, a must read bagi saya. Walau kisahnya lama, tema dan 'inti'nya akan tetap laku sepanjang zaman bagi saya. Kisah manusia dan perubahan.)

2)
Bila Tuhan Berbicara - Faisal Tehrani (Pluralisme, murtad, perjuangan dan pergolakan jiwa seorang remaja. Boleh memeningkan kepala jika anda tidak bersedia untuk memahami apa yang cuba dibawa oleh penulisnya.)

3)
Tariq: Menang ataupun Syahid- Abdul Latip Talib (Kisah sirah yang disampaikan semula dalam bentuk yang lebih menarik. Teknik penceritaan tentang peperangan, tipu muslihat dan kebijaksanaan penakluk kota Sepanyol ini mampu membangkitkan semangat yang lesu dalam diri.)

4) Ayat-Ayat Cinta: Habiburrahman El Shirazy (Perlu lagikah komen untuk novel ini? Seribu satu macam pengajaran yang cuba disampaikan penulis. Cuma perlu berjaga-jaga munkin, agar tidak hanyut dalam angan-angan, khayalan dan imaginasi indah tentang 'pasangan idaman'. Buku ini hadiah untuk seorang adik yang nampaknya masih tercari-cari erti sebuah kehidupan)

Sirah:
1) Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi - PTS Siri Sejarah & Tamadan (Hadiah dari bekas boss di pejabat, Pak Rashid. Terima kasih tak terhingga atas tunjuk ajar, pengalaman dan peluang menuntut dalam suasana baru di office)

2) Fiqh Sirah - Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti (Alhamdulillah akhirnya dapat juga buku yang 'proper'. Sebelum ni cuma pakai on printed paper from PDF version. A must read untuk para 'pejuang', dalam memahami dan mengambil contoh dari perjuangan Nabi SAW)

Motivasi:
1) Ke Arah Kehidupan yang Lebih Sukses! - Amru Khalid (Penulis dari Mesir yang semakin dikenali dan banyak menulis buku-buku untuk membangkitkan semangat pemuda Islam. Kaya dengan peringatan dan ketukan-ketukan bernas buat menyedarkan diri. Gaya penyampaian dan penceritaannya tidak membosankan seperti sesetengah buku-buku motivasi lain)

2) Pembangunan Iman & Kekuatan Peribadi - Amin Nordin Abdul Rahman (Hadiah dari boss no-2 di office, kak Jun. Jazakillahu khayran kathira atas tunjuk ajar, perkongsian dan suka duka di pejabat sepanjang 2 bulan setengah di sana.)

English:
1) The Quran: A Biography - Bruce Lawrence (Pandangan penulis Barat tentang Al-Quran dan Islam. Analisisnya tidak terlalu berat sebelah, hasil pengalaman, pengkajian dan pergaulannya dengan Muslim. A good start for non-Muslim? Or a good book for Muslim to read an unbiased perception about Quran from the West?)

2) Men are from Mars, Women are from Venus - John Gray (Offer kat Kinokuniya, so terus sambar dan beli buku ni. haha.. Bagus untuk memahami sedikit latar belakang masalah between gender mungkin? Apapun, baru habis satu chapter buku ni. Masih dalam waiting list untuk dibaca.)

Cukup 10 buah buku dalam senarai. Ada dalam 10 buah lagi atas rak almari. Mostly adalah buku-buku fikrah, ibadah dan dakwah. Yang ini pun tak terbaca lagi, apa lagi buku-buku lain dalam pelbagai bidang dan fokus. Tambah lagi dengan majalah-majalah yang ditinggalkan di rumah, harapnya punya manfaat dan tak dibiaran berdebu. Koleksi majalah favourite, Majalah I pun terpaksa ditinggalkan. Alhamdulillah kebanyakan penyumbang artikelnya seperti Dr. Danial, Dr. Asri, Utz Hasrizal, Utz Maszlee punya laman web sendiri. Sekurang-kurangnya dapat juga sedikit update setiap bulan.

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
(Melayu - Dato' Usman Awang)

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
(Perjuangan Belum Selesai - Tun Dr Mahathir)

...kek sambutan hari lahir di pejabat...
(bila 7 orang disambut serentak, nama yang paling bawah paling muda)
.

1 comments:

yana hashim said...

salam...
yes.. buku imam mmg best!!! a must read book.. terbaekkkkkk !!! teater imam pun best... (rindu koleksi buku di malaysia) .. gudlak mus'ab.wish u all the best