Satu Anugerah

on 7:40 PM

tutor pathology pg tadi memperkenalkan kami pd sebuah buku,
"PAIN... A GIFT THAT NOBODY WANTS"

kandungannya bg sy agak menarik, kerana penulisnya melihat "pain" dari satu perspektif yg berbeza. di kala sebahagian manusia sibuk berusaha membuang rasa 'sakit', ada yg memandang dan mengingatkan manusia supaya menghargai rasa 'sakit' itu.

atlet yg lincah di padang, menggunakan pelbagai drugs seperti steroid untuk menghilangkan rasa 'sakit', membenarkan otot2 terus berkerja, dan memberi lebih endurance pada diri.

situasi lain, bila sakit kepala datang, pantas panadol atau aspirin dicari.

sebahagian dari kita, bila jari tercucuk duri, atau terpotong dek pisau tajam semasa memasak, lancar dari mulut terkeluar kata2 kesat atau makian.
pada kebanyakan masa pula, bila internal pain datang (i.e. stress), jiwa jadi kecoh, lintang pukang. habis semua kerja dan kegiatan terganggu.
lebih teruk amal ibadah yang selama ini niatnya ikhlas, tiba-tiba jadi sekadar 'amalan harian' kerana niatnya samar-samar, dan pelaksanaan tidak dilakukan sebaiknya.

konsepnya "elimination of pain" ini bagi sy hampir sama seperti yg pernah ditulis dulu; manusia2 yg cuba menghilangkan 'risk' dari kamus kehidupan.

secara ringkas, penulis buku tadi menyampaikan pandangannya supaya manusia menghargai rasa 'sakit', kerana ia sebenarnya mengingatkan dan menyelamatkan manusia.

contoh mudah, tanya kpd pesakit2 leprosy, bagaimana perasaan mereka bila sensation itu hilang. rasa 'sakit' bila memegang kuali panas mungkin tiada, rasa sakit bila tercucuk duri pun tiada. bahagiakah mereka??? tanpa sedar, tiba2 mungkin ada cut atau burn di tangan.

sakit mengingatkan manusia pada satu 'limit'. tahap yg menyuruh kita samada berhenti, atau berhati-hati supaya tidak membawa pada bencana dan kerosakan.

bayangkan apa yg terjadi andai berkayuh sebuah basikal tanpa brek.
samada kayuhan jadi perlahan (kalau memilih utk berhati-hati!), atau kayuhan membawa pada kemalangan. tiada brek, bagai bercita-cita mahu merempuh semua benda. realitinya, mampukah kita???

muslim juga sepatutnya sedar yg sakit itu satu kafarah dosa, dan mengingatkan kita supaya kembali pada-Nya.

kata mereka sakit itu mengingatkan pada 'limit' tubuh manusia. kata kita???

sakit itu mengingatkan kita pada semua!!!
ingat pada dosa pahala. ingat pada syurga neraka. ingat pada amal ma'ruf dan nahi munkar.

dalam teori biopsychosocial, mereka memandang sakit berpunca dari biological, psychological dan social.

dalam teori kita, di atas sekali, sakit puncanya adalah dari spiritual, sbg peringatan dan ujian pada manusia.

yang dilihat atas dunia sunnatullah memang ketentuan alam dengan izin-Nya, tetapi sebagai muslim moga kita ingat juga pada shariatullah yang ditetapkan. memang ia di atas, tetapi bila kita leka atau terlalu selesa, ketika itulah datang peringatan dan ujian.

dalam bentuk sakit? dapatkah bersabar?
dalam bentuk senang? dapatkah bersyukur?

moga sentiasa dalam petunjuk dan perlindungan...

"You will certainly be tested, through your money and your lives, and you will hear from those who received the scripture, and from the idol worshipers, a lot of insult.
If you steadfastly persevere and lead a righteous life, this will prove the strength of your faith.
" [Ali Imran 3:186]

3 comments:

Anonymous said...

berdoa padaNya agar dikurniakan kejayaan tp kegagalan yg kte dapat... berdoa padaNya agar dilapangkan hati tp masalah yg Dia turunkan.. apa sebenarnya yg Dia rancang untuk kita? hanya Dia yg Maha Mengetahui..

Anonymous said...

jadi, segala kesakitan itu adalah pemberian yang tersirat seribu hikmah. Ia adalah dari Dia yang kasihi kita untuk terus ingat pada Nya. ~terkesan..

munirmuji said...

salam dude...
sakit hati...mungkinkah ada limitnya jugak...?
skang masalahnye pinggang aku ni sakit ni...
sengkuang sungguh!!

tapi aku terpk la jugak kan adakah sakit itu indah...?
bila die datang banyak je kita doa kan...
makin ingat ALLAH...
seribu satu rahmat disebalik kesakitan itu mengembalikan kita pada pencipta akhirnya...

adeh sakit pinggang aku!!!