Finally

on 11:33 PM

Alhamdulillah entry kali ini akhirnya dapat di 'publish'. Bukan sebulan lepas kali terakhir menulis, tapi rasanya dah lebih dari dua bulan. Ikutkan hati, memang ingin di 'list' kan alasan-alasan kenapa blog ni terbiar, sampai nampak bunga-bunga lalang. Tapi nanti cuma diri sendiri yang berminat dan sibuk mereka-reka alasan, jadi sia-sia pulak entry kali ni.

Isu hangat di negeri sendiri sekarang, siapa yang punya hak Merdeka? Kami? atau Mereka?
Kata Kami, kerana kamilah kemerdekaan dicapai. Kata Mereka, kami juga punya peranan penting. Mengapa mesti disembunyikan? Buta sejarah atau buta hati???

Yang membaca, harap jangan jadi keduanya. Memang sejarah itu satu fakta yang sudah berlalu. Fakta biasanya tidak boleh diubah. Tapi selalunya orang yang menulis sejarah punya kecenderungan dan pemahaman sendiri, berdasarkan ilmu dan bidang yang dikuasainya. Ilmu sejarah kita mungkin tidak terjaga secantik ilmu hadis dan sunnah Nabi SAW. Kalau baca hadis, selain diperhati Matan nya, kita pentingkan juga Sanad nya. Andai Sanad nya diragukan pun, taraf Matan nya jatuh. Apa lagi kalau ianya palsu!

Erti Merdeka, intipati Merdeka, menghayati kemerdekaan, semangat merdeka, etc...
Punya banyak kupasan dari para ilmuan tentang isu ini. Mungkin cukup kalau disimpulkan, bagi diri sekurang-kurangnya, kita mahu Merdeka dari ignorance!


Headline News: Otago, NZ

Kisah malam minggu lepas membuatkan University of Otago dan Dunedin famous seketika dalam berita-berita di seluruh dunia (tak pasti samada berita ni sampai ke media Malaysia). Dari apa yang sempat dibaca, pelbagai reaksi diterima bukan dari dalam NZ sahaja, tetapi dari Australia, UK, Ireland, Denmark hingga USA.

Kisah pelajar universiti yang 'merusuh' memang menarik perhatian. Bukan merusuh kerana inginkan kebebasan dari kongkongan akta-akta tertentu, tapi kerana terlalu mabuk dengan alkohol dan hiburan. Dulu pernah menulis bagaimana 'adat' turun temurun mereka yang cenderung untuk membakar sofa setiap kali parti diadakan. Kali ini setapak lagi mereka 'maju', membakar van/kereta, hingga hampir terbakar rumah orang lain!

Berita terbaru, katanya mereka akan didakwa atas tuduhan merusuh, violence dan assault. Tapi itu pun masih ada yang lain bersuara, katanya belum setimpal untuk memberi pengajaran dan balasan atas mayhem yang dicetuskan. Laporan media, katanya kawasan itu sudah jadi seperti "War-Zone" dengan kaca dan sampah bertaburan, serta kesan dari perabot-perabot dan kereta yang dibakar.

Sekarang waktu tuding-menuding. Dalam majalah mingguan universiti yang sempat dibelek pagi tadi, mukasurat pertamanya ada carta "tuduh menuduh". Antara yang termuat dalam carta adalah pihak polis, students, pentadbiran universiti, persatuan pelajar, general public, local government, dan alcohol companies. Senang kata, dalam isu ini, seolah-olah semua stakeholders cuba menyelamatkan diri masing-masing dari dipersalahkan. Kalaulah alkohol boleh bersuara sekarang, mungkin habis ditempelaknya semua manusia yang tergila-gilakannya, dan cuba melawan fitrah kesucian penciptaan...

p/s: Walaupun rumah kami di Castle Street, tapi Alhamdulillah mayhem bukan di depan rumah kami. Castle St. North dan Castle St. South terpisah dengan bangunan universiti. Kami pun bukan di Dunedin malam minggu tu. Pergi melihat kecantikan alam... =)


Terserempak anak kambing di atas jambatan semasa berbasikal, terpisah dari ibu dan kawanannya. Badannya masih punya kesan darah kering, mungkin usia baru beberapa hari. Maaf terpaksa tinggakan di tepi jalan. Kami dah mencuba sekadar terdaya... =(


Seminggu sebelumnya, Islam Awareness Week di Otago dan seluruh New Zealand. Kali pertama berada dalam saf penganjur. Baru faham erti bertolak ansur dan persediaan yang rapi, terutama bila berhadapan serangan, sindiran dan provokasi!


???Bersediakan kita untuk bulan ujian yang penuh dengan rahmat ini???

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

0 comments: