Matlamat utama kita daripada bulan ini? Agar sifat taqwa kepada Allah SWT dalam diri bertambah mantap dan mapan, sepertimana yang disebut dalam al-Quran, 2:183.
Kita sering mendengar tentang ihya' Ramadhan, atau bahasa yang lebih mudah difahami, menghidupkan Ramadhan. Ajakan dan seruan supaya bulan ini tidak sia-sia di hadapan TV, di pasar-pasar makanan, di pasaraya jualan murah atau di atas tilam empuk di rumah.
Tetapi sebelum itu, ada satu lagi perkara yang perlu juga kita tahu, iaitu tarhib Ramadhan. Atau bahasa lebih mudah lagi, menyambut Ramadhan. Bagaimana mahu mempersiapkan diri untuk menyambutnya?
Kalau mahu ke dewan periksa, kita ada persiapan. Kalau mahu berjalan, mengembara ada persiapan. Hatta kalau mahu ke pasar pun ada persiapan. Ada list barang-barang yang mahu dibeli, ada trolley atau teman untuk tolong mengangkat barang.
Beberapa must do things dalam tarhib Ramadhan:
1) Menjaga keadaan fizikal diri, supaya sihat dan mampu melakukan amal ibadah sepanjang bulan ini. Contohnya, elakkan diri dari melakukan perkara-perkara extreme yang boleh melemahkan atau meng'expose' diri pada penyakit.
2) Menyelesaikan, qadha' puasa yang tertinggal ataas sebab-sebab tertentu daripada Ramadhan terdahulu. Hutang yang bertimbun, semakin lama semakin susah dibayar. Jadi mengapa mahu tangguhkan, dan susahkan diri?
3) Mengingat dan mengkaji kembali fikh tentang puasa, supaya perlaksanaannya dapat berjalan dengan baik, berdasarkan pemahaman yang baik.
4) Mempersiapkan diri dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti puasa dalam bulan Sya'ban dan memperbanyakkan bacaan dan pemahaman dalam ayat-ayat al-Quran, serta bangun awal untuk solat malam.
5) Saling bermaafan, untuk menyelesaikan semampu mungkin dosa kita dengan manusia dan kemudian berusaha menyelesaikan dosa kepada Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan supaya bila Ramadhan berakhir dan hari raya Idul Fitri tiba, kita benar-benar dalam keadaan fitrah yang suci. Moga fitrah yang sebenar itu dapat dicapai Inshaallah.
Kemudian? Siapkan juga sahabat-sahabat, keluarga dan masyarakat sekitar anda untuk bulan yang mulia ini. Moga puasa kita bukan sekadar lapar dan dahaga, dan taqwa yang dibina dari bulan ini menjadi bekal untuk kita, bukan sekadar di dunia, malah untuk di akhirat kelak.
"dan bawalah bekal kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa; dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat!" [2:197]
Wallahu a'lam.(p/s: beberapa koleksi yang menarik untuk dibaca dalam tarhib ramadhan)
Owh, lastly, mohon maaf dari diri ini untuk semua. Kalau rasa belum mahu maafkan, mohon maaf sekali lagi, dan berkali-kali lagi. Moga kesalahan diri ini dapat dimaafkan. =|
.
0 comments:
Post a Comment