half way..

on 4:35 PM

28th September, sebulan, kurang sehari dari lagi tarikh peperiksaan Med 2. Punya timbunan nota dan buku untuk dibaca (atau dibelek sekurang-kurangnya!) sebelum tarikh itu. Kelas masih berjalan seperti biasa, masih ada input baru setiap hari. Tutorial dan perjumpaan kumpulan satu demi satu tamat, dan seorang demi seorang tutor mengucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan semasa perjumpaan terakhir kami. Risau, takut dan penuh harap, tapi semangat untuk bertungkus lumus bersengkang mata belum lahir lagi. Sempatkah?

Hari ke 16, Ramadhan kedua di Dunedin. Bacaan terawih di Masjid Al-Huda oleh imam sudah masuk juz ke-20. Setiap malam kira-kira satu setengah juzu' dihabiskan dalam solat isha' dan solat terawih. Tilawah dan tadabbur saya sendiri? Sahabat-sahabat yang sedang membaca? Sudah takat mana kita? Di pecutan terakhir, atau masih mengah keletihan kerana rutin perjalanan bernama kehidupan?

Moga hari-hari terakhir tidak jadi sia-sia, seperti mana sebelumnya. Moga tingkat demi tingkat terus didaki, dan tidak tergelincir jatuh ke tingkat terbawah semula. Moga punya Himmah baru yang lebih tinggi, dari latihan intensif ini.

Salam untuk hari-hari terakhir Ramadhan buat semua.







"Allahumma inna na'uzubika min 'azabi jahannam
wa na'uzubika min 'azabil qabr
wa na'uzubika min fitnatil mahya wal mamat
wa na'uzubika min sharri fitnatil masih ad-dajjal"



(p/s: mungkin entry terakhir hingga akhir exam juga. salam untuk semua!)
.

0 comments: