Maulidur Rasul: Pengajaran buat diri

on 8:26 PM

Mengenali Baginda

Setiap kali tarikh 12 Rabiul Awal datang kepada kita, kita sentiasa diperingatkan dengan kisah maulidur rasul atau kelahiran Rasulullah SAW. Sememangnya banyak pengajaran dan renungan yang boleh diambil dari kisah ini.


Peringatan ini boleh disampaikan dalam bentuk menceritakan kisah seerah mengikut turutan peristiwa yang berlaku, keajaiban semasa baginda dilahirkan, kisah-kisah ketika ketika baginda dibesarkan, dan juga sekitar keistimewaan diberikan kepada Nabi Muhammad SAW serta kepada ahli keluarga baginda.

Pastinya ini perkara yang paling penting, kerana jika kita tidak mengetahui seerah baginda, bagaimana mungkin kita dapat mengambil pengajaran darinya. Juga bagaimana kita dapat mengaku mencintai baginda dan meraikan ulang tahun kelahirannya sedangkan kita tidak mengenali utusan Allah yang teragung ini?

Untukmu Sahabatku...

on 7:01 PM

Untukmu sahabat yang dikasihi lagi hormati.

Semoga sentiasa berada dalam kekuatan iman dan taqwa, serta dalam suasana amal soleh yang terbaik insyaAllah.

Pertamanya, mari kita sama-sama ucapkan syukur pada Allah SWT kerana telah memperkenalkan sesama kita, dan kemudiannya menyatukan hati kita di atas jalan ini, jalan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Yakinlah sesungguhnya ikatan ini bukan dibina dengan pengenalan di program-program semata-mata, apatah lagi dengan ikatan material yang sementara. Sesungguhnya yang menyatukan hati kita adalah Allah SWT, dengan limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

“Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Anfal: 63]

وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ
فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا

“Dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam).” [Ali Imran: 103]

Ikatan ukhuwah yang terbina antara kita ini, walaupun dipisahkan jarak beribu batu, merupakan satu kekuatan imaniyah yang tersendiri. Ia dirasai secara mendalam dengan sifat belas kasihan, cinta, saling menghormati dan mempercayai, bantu membantu ketika senang, berkerjasama ketika kesusahan, dan menjauhkan diri bersama-sama dari perkara kerosakan. Semuanya adalah hasil dari cahaya keimanan dan ketaqwaan di dalam kekuatan ukhuwah itu sendiri.

5th Year Awaits - Mencari Hikmah

on 7:13 AM

Esok bermula tahun kelima untuk saya dalam usaha mendapatkan segulung ijazah dalam bidang perubatan dan bergelar doktor perubatan. Tahun yang terpenting kerana peperiksaan di penghujung tahun ini menentukan lulus atau tidak saya dalam bidang ini selepas 5 tahun.

Ya, ijazah ini memang mengambil masa selama 6 tahun. Tetapi di New Zealand, tahun keenam dalam bidang perubatan adalah sepenuh masa sebagai trainee-intern, atau junior-houseman. Peperiksaan terakhir dan terpenting adalah semasa tahun 5, tahun ini!

Alhamdulillah dipertemukan dengan beberapa video yang dikongsi di bawah, buat pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan. Mengembalikan hikmah kepada yang sepatutnya, meletakkan Islam di hadapan dalam apa jua bidang kehidupan.

ربي اشرح لي صدري و يسرلي امري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

Ya Allah! bukakanlah dadaku,
mudahkanlah urusanku dan
hilangkanlah kekakuan pada lidahku
agar mereka faham akan perkataanku.

"Hikmah (kebaikan dan kebijaksanaan) adalah milik orang Mukmin. Di mana pun ia ditemukan, maka ia lebih berhak mengambilnya."

1) Muslim Heritage In Hospital



'She tells us how hospitals, pharmacies, sophisticated surgery, dentistry, the understanding of blood circulation, vaccination and many other medical developments came to us from Muslim civilisation.'

8 Tahun Berlalu

on 4:00 AM

8 tahun yang lalu, pada tarikh ini saya menjejakkan kaki ke pertama kali ke Maktab Rendah Sains MARA Pontian. Dari Maktab Mahmud di utara, saya berpusing 180 darjah menukar haluan ke selatan. Dari sebuah sekolah 'arab' dan agama, berpindah ke sebuah sekolah sains yang pernah dipanggil 'sekular'. Apalah ada agaknya pada tarikh dan sejarah peribadi silam ini, selain bertukar sekolah, meninggalkan guru dan rakan-rakan lama; kemudian bertemu pula dengan guru dan rakan-rakan baru.

Gambar terbaru semasa melawat maktab 3 minggu lalu

Namun sejarah tetap sejarah. Hakikatnya ia diceritakan semula kerana apa yang berlaku hari ini ada kaitannya dengan apa yang telah berlaku pada masa lalu. Ia mengajar kita sesuatu; menjelaskan apa dan kenapa, juga bagaimana ia boleh berulang atau dielak jika membinasakan. Dari sejarah kita boleh membina semula bangsa dan tamadun, menegakkan semula agama dan menyelamatkan umat manusia dari ditimpa kehinaan.

Jika tidak mengapa dalam al-Quran kisah-kisah Nabi terdahulu dicerita berulang-ulang? Kisah Bani Israil bukan sedikit jumlahnya bukan? Juga kisah-kisah umat terdahulu yang diangkat kehormatannya, juga sebaliknya mereka yang maut digoncang, ditelan bumi atau dipukul ombak badai.

Tangisan Itu...

on 7:07 AM


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, jadi bertambah kuat iman mereka dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." [al-Anfal 8:2]

Abu Bakar as-Siddiq adalah orang yang paling senang dan suka mengalirkan air mata ketika membaca al-Quran. Dikisahkan oleh al-Bukhari dalam sebuah riwayat, saat Rasulullah SAW sakit, baginda memerintahkan para sahabat untuk bersolat bersama Abu Bakar as-Siddiq. Namun Aisyah r.a. menyarankan, "Sesungguhnya Abu Bakar kalau dipilih sebagai imam solat, orang-orang tidak dapat mendengar suaranya disebabkan tangisannya."

Begitu juga dengan Umar al-Khattab, beliau sangat menghayati apa yang dibacanya. Diriwayatkan bahawa suatu ketika Umar al-Khattab membaca surah Yusuf ketika menjadi imam solat Subuh. Saat sampai ayat ke-86 yang bermaksud, "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." Air mata beliau lalu mengalir membasahi janggutnya. Kejadian ini tidak berlaku sekali sahaja.