half way..

on 4:35 PM

28th September, sebulan, kurang sehari dari lagi tarikh peperiksaan Med 2. Punya timbunan nota dan buku untuk dibaca (atau dibelek sekurang-kurangnya!) sebelum tarikh itu. Kelas masih berjalan seperti biasa, masih ada input baru setiap hari. Tutorial dan perjumpaan kumpulan satu demi satu tamat, dan seorang demi seorang tutor mengucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan semasa perjumpaan terakhir kami. Risau, takut dan penuh harap, tapi semangat untuk bertungkus lumus bersengkang mata belum lahir lagi. Sempatkah?

Hari ke 16, Ramadhan kedua di Dunedin. Bacaan terawih di Masjid Al-Huda oleh imam sudah masuk juz ke-20. Setiap malam kira-kira satu setengah juzu' dihabiskan dalam solat isha' dan solat terawih. Tilawah dan tadabbur saya sendiri? Sahabat-sahabat yang sedang membaca? Sudah takat mana kita? Di pecutan terakhir, atau masih mengah keletihan kerana rutin perjalanan bernama kehidupan?

Moga hari-hari terakhir tidak jadi sia-sia, seperti mana sebelumnya. Moga tingkat demi tingkat terus didaki, dan tidak tergelincir jatuh ke tingkat terbawah semula. Moga punya Himmah baru yang lebih tinggi, dari latihan intensif ini.

Salam untuk hari-hari terakhir Ramadhan buat semua.







"Allahumma inna na'uzubika min 'azabi jahannam
wa na'uzubika min 'azabil qabr
wa na'uzubika min fitnatil mahya wal mamat
wa na'uzubika min sharri fitnatil masih ad-dajjal"



(p/s: mungkin entry terakhir hingga akhir exam juga. salam untuk semua!)
.

Maaf untuk semua

on 1:33 PM

3 atau 4 hari lagi, sebelum Ramadhan datang. InsyaAllah, moga kita diberi kesempatan untuk berada dalam bulan yang penuh dengan rahmat ini.

Matlamat utama kita daripada bulan ini? Agar sifat taqwa kepada Allah SWT dalam diri bertambah mantap dan mapan, sepertimana yang disebut dalam al-Quran, 2:183.

Kita sering mendengar tentang ihya' Ramadhan, atau bahasa yang lebih mudah difahami, menghidupkan Ramadhan. Ajakan dan seruan supaya bulan ini tidak sia-sia di hadapan TV, di pasar-pasar makanan, di pasaraya jualan murah atau di atas tilam empuk di rumah.

Tetapi sebelum itu, ada satu lagi perkara yang perlu juga kita tahu, iaitu tarhib Ramadhan. Atau bahasa lebih mudah lagi, menyambut Ramadhan. Bagaimana mahu mempersiapkan diri untuk menyambutnya?

Kalau mahu ke dewan periksa, kita ada persiapan. Kalau mahu berjalan, mengembara ada persiapan. Hatta kalau mahu ke pasar pun ada persiapan. Ada list barang-barang yang mahu dibeli, ada trolley atau teman untuk tolong mengangkat barang.

Beberapa must do things dalam tarhib Ramadhan:

1) Menjaga keadaan fizikal diri, supaya sihat dan mampu melakukan amal ibadah sepanjang bulan ini. Contohnya, elakkan diri dari melakukan perkara-perkara extreme yang boleh melemahkan atau meng'expose' diri pada penyakit.

2) Menyelesaikan, qadha' puasa yang tertinggal ataas sebab-sebab tertentu daripada Ramadhan terdahulu. Hutang yang bertimbun, semakin lama semakin susah dibayar. Jadi mengapa mahu tangguhkan, dan susahkan diri?

3) Mengingat dan mengkaji kembali fikh tentang puasa, supaya perlaksanaannya dapat berjalan dengan baik, berdasarkan pemahaman yang baik.

4) Mempersiapkan diri dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti puasa dalam bulan Sya'ban dan memperbanyakkan bacaan dan pemahaman dalam ayat-ayat al-Quran, serta bangun awal untuk solat malam.

5) Saling bermaafan, untuk menyelesaikan semampu mungkin dosa kita dengan manusia dan kemudian berusaha menyelesaikan dosa kepada Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan supaya bila Ramadhan berakhir dan hari raya Idul Fitri tiba, kita benar-benar dalam keadaan fitrah yang suci. Moga fitrah yang sebenar itu dapat dicapai Inshaallah.

Kemudian? Siapkan juga sahabat-sahabat, keluarga dan masyarakat sekitar anda untuk bulan yang mulia ini. Moga puasa kita bukan sekadar lapar dan dahaga, dan taqwa yang dibina dari bulan ini menjadi bekal untuk kita, bukan sekadar di dunia, malah untuk di akhirat kelak.

"dan bawalah bekal kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa; dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat!" [2:197]

Wallahu a'lam.

(p/s: beberapa koleksi yang menarik untuk dibaca dalam tarhib ramadhan)

[satu] [dua] [tiga] [empat] [lima]

Owh, lastly, mohon maaf dari diri ini untuk semua. Kalau rasa belum mahu maafkan, mohon maaf sekali lagi, dan berkali-kali lagi. Moga kesalahan diri ini dapat dimaafkan. =|
.

"Inclusive View"

on 10:55 AM

Cuma sedikit komen dan lanjutan yang saya fikirkan dari lecture yang dihadiri semalam, kerana ia memberikan pada diri sekurang-kurangnya another view, or a wider view at least, dalam inter-faith relationship.

Annual Open Peace Lecture
Towards a More Inclusive View of the Religious 'Other': A Muslim Perspective
Prof. Abdullah Saeed - University of Melbourne

Key word dalam lecture yang disampaikan adalah Inclusivism. Tertarik bagaimana beliau menghuraikan istilah itu dan memberi contoh dari sirah perkembangan Islam, bermula dari zaman Rasulullah hingga kini, bagaimana ada up-and-down dalam pemahaman dan hubungan antara agama.

Bagaimana wujudnya satu continuum antara inclusivism dan exclusivism. Bagaimana adanya faktor-faktor luaran yang mengubah pandangan sesuatu masyarakat atau individu. Bagaimana hubungan yang baik dalam masyarakat, terancam bila sesebuah pihak mahu bangkit, pihak lain cuba menjadi defensive atau offensive untuk menyelamatkan kepentingan diri.

Apapun, selepas meng'Goggle' di internet, saya temui bebaerapa kaitannya dengan pluralism, dan lebih menarik, dengan Islam liberal. Beberapa artikel berkaitan yang sempat dibaca (baca tak semestinya terima, tapi biarlah sekurang-kurangnya ia di proses masuk dalam fikiran dan membantu kita dalam membuat penilaian dan keputusan):
[satu] [dua] [tiga]

Ada kaitan juga, bagi saya, topik ini dengan satu peringatan ringkas yang sempat dibaca malam sebelumnya:

"Masing-masing ada dunianya. Dalam dunia-dunia berkenaan ada ''bahasa' masing-masing yang mereka gunapakai. Mereka yang berada di dunia luar sukar untuk memahami 'bahasa' dunia orang lain. Jika kita mahu mencampuri urusan 'dunia' orang lain, kita perlu masuk ke dunia mereka atau perlu mahir dengan 'bahasa' pertuturan mereka."
[Dipetik dari sini]


Apapun, lecture malam tadi diakhiri dengan sepotong ayat al-Quran, surah al-Hujurat yang menyimpulkan segalanya:

"O mankind! We have created you from a male and a female, and made you into nations and tribes, that you may know one another. Verily, the most honourable of you with Allâh is that (believer) who has At-Taqwa (i.e. one of the Muttaqûn)" [49:13]

Wallahua'lam...

Finally

on 11:33 PM

Alhamdulillah entry kali ini akhirnya dapat di 'publish'. Bukan sebulan lepas kali terakhir menulis, tapi rasanya dah lebih dari dua bulan. Ikutkan hati, memang ingin di 'list' kan alasan-alasan kenapa blog ni terbiar, sampai nampak bunga-bunga lalang. Tapi nanti cuma diri sendiri yang berminat dan sibuk mereka-reka alasan, jadi sia-sia pulak entry kali ni.

Isu hangat di negeri sendiri sekarang, siapa yang punya hak Merdeka? Kami? atau Mereka?
Kata Kami, kerana kamilah kemerdekaan dicapai. Kata Mereka, kami juga punya peranan penting. Mengapa mesti disembunyikan? Buta sejarah atau buta hati???

Yang membaca, harap jangan jadi keduanya. Memang sejarah itu satu fakta yang sudah berlalu. Fakta biasanya tidak boleh diubah. Tapi selalunya orang yang menulis sejarah punya kecenderungan dan pemahaman sendiri, berdasarkan ilmu dan bidang yang dikuasainya. Ilmu sejarah kita mungkin tidak terjaga secantik ilmu hadis dan sunnah Nabi SAW. Kalau baca hadis, selain diperhati Matan nya, kita pentingkan juga Sanad nya. Andai Sanad nya diragukan pun, taraf Matan nya jatuh. Apa lagi kalau ianya palsu!

Erti Merdeka, intipati Merdeka, menghayati kemerdekaan, semangat merdeka, etc...
Punya banyak kupasan dari para ilmuan tentang isu ini. Mungkin cukup kalau disimpulkan, bagi diri sekurang-kurangnya, kita mahu Merdeka dari ignorance!


Headline News: Otago, NZ

Kisah malam minggu lepas membuatkan University of Otago dan Dunedin famous seketika dalam berita-berita di seluruh dunia (tak pasti samada berita ni sampai ke media Malaysia). Dari apa yang sempat dibaca, pelbagai reaksi diterima bukan dari dalam NZ sahaja, tetapi dari Australia, UK, Ireland, Denmark hingga USA.

Kisah pelajar universiti yang 'merusuh' memang menarik perhatian. Bukan merusuh kerana inginkan kebebasan dari kongkongan akta-akta tertentu, tapi kerana terlalu mabuk dengan alkohol dan hiburan. Dulu pernah menulis bagaimana 'adat' turun temurun mereka yang cenderung untuk membakar sofa setiap kali parti diadakan. Kali ini setapak lagi mereka 'maju', membakar van/kereta, hingga hampir terbakar rumah orang lain!

Berita terbaru, katanya mereka akan didakwa atas tuduhan merusuh, violence dan assault. Tapi itu pun masih ada yang lain bersuara, katanya belum setimpal untuk memberi pengajaran dan balasan atas mayhem yang dicetuskan. Laporan media, katanya kawasan itu sudah jadi seperti "War-Zone" dengan kaca dan sampah bertaburan, serta kesan dari perabot-perabot dan kereta yang dibakar.

Sekarang waktu tuding-menuding. Dalam majalah mingguan universiti yang sempat dibelek pagi tadi, mukasurat pertamanya ada carta "tuduh menuduh". Antara yang termuat dalam carta adalah pihak polis, students, pentadbiran universiti, persatuan pelajar, general public, local government, dan alcohol companies. Senang kata, dalam isu ini, seolah-olah semua stakeholders cuba menyelamatkan diri masing-masing dari dipersalahkan. Kalaulah alkohol boleh bersuara sekarang, mungkin habis ditempelaknya semua manusia yang tergila-gilakannya, dan cuba melawan fitrah kesucian penciptaan...

p/s: Walaupun rumah kami di Castle Street, tapi Alhamdulillah mayhem bukan di depan rumah kami. Castle St. North dan Castle St. South terpisah dengan bangunan universiti. Kami pun bukan di Dunedin malam minggu tu. Pergi melihat kecantikan alam... =)


Terserempak anak kambing di atas jambatan semasa berbasikal, terpisah dari ibu dan kawanannya. Badannya masih punya kesan darah kering, mungkin usia baru beberapa hari. Maaf terpaksa tinggakan di tepi jalan. Kami dah mencuba sekadar terdaya... =(


Seminggu sebelumnya, Islam Awareness Week di Otago dan seluruh New Zealand. Kali pertama berada dalam saf penganjur. Baru faham erti bertolak ansur dan persediaan yang rapi, terutama bila berhadapan serangan, sindiran dan provokasi!


???Bersediakan kita untuk bulan ujian yang penuh dengan rahmat ini???

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Our World

on 5:56 PM

Cuti 3 minggu berlalu, kini bakal menjejak kaki ke semester baru. Resolusi dari cuti yg baru berlalu? Saya simpan khas utk diri, kerana seribu satu pengalaman yg dilalui disimpul dalam benak sendiri. Apapun, semoga output-nya sesuatu yg positif dan dapat dikongsi.

Bercakap tentang kitaran input-process-output, beberapa hari lepas semasa berbual dengan seorang sahabat isu ini timbul. Semuanya bermula dari perbualan tentang sebahagian dari kita yg tidak mementingkan luaran, dan mahu penilaian hanya dari 'dalaman' (walau yg di dalam itu sukar dan terlalu abstrak utk dilihat!).

"kau nampak je aku mcm ni, tapi dlm hati ni baaik laa.."

"peduli ape kalau org nak kata aku jahat, asal aku tau yg hati aku baik lagi"

Mudahnya kita berkata-kata. Moga ia jadi satu doa, dan hati yg baik itu sedar, mampu memimpin batang tubuh manusia, dan akhirnya menampilkan islam yg sebenar, bergerak ke mana-mana bagi mengajar yg lain hakikat sebuah cereka bernama kehidupan.

Minggu terakhir cuti kami diisi dengan program bersama patient and families. Bagi saya, ia waktu utk bercuti sambil belajar sesuatu.
Antara yg sukar dilupakan bila menziarahi dan menemubual seorang ibu, sambil anaknya yg terbaring di lantai tersenyum tak henti-henti pada kami.

Anaknya punya syndrome yg sangat berat, hingga tak mampu berkata-kata dan tak kuasa mengawal muscles sendiri. Kata ibu tadi, dia sentiasa gembira dan tersenyum dgn semua orang, hingga punya status selebriti.

Di sekolah dan di mana-mana, pasti ada orang yg menyapa dan bertanya khabar.

Itu dia dari kaca mata ibunya, dan rakan-rakannya. Seolah-olah dia tidak kenal erti kesedihan dan kesakitan. Tapi jauh di dalam diri siapa yg tahu??? Hanya Dia Yang Satu.

Selepas menemubual ibu tadi, kami bergerak melawat pelbagai pertubuhan dan agensi kebajikan kesihatan yg ada. Mental Health Care, Autism NZ Inc. dan Needle Exchange. Hari seterusnya bergerak ke Plunket dan Child Cancer, sebelum berkumpul semula dengan kumpulan besar utuk saling berkongsi pengalaman di tempat-tempat yg dilawati dan mendapatkan reaksi dari masing-masing.

Kebanyakan pertubuhan ini bermatlamat membantu masyarakat, dan cara gerak kerjanya adalah dengan turun padang berjumpa sendiri dengan target2 mereka.

Dalam istilah business, mereka ini first-line man yg berjumpa dan 'bermuamalah' dengan masyarakat. Mereka melaksanakan polisi-polisi yg dibicarakan panjang lebar oleh orang2 atas. Mereka melaksana dan merasa, bukan sekadar menjangka dan meneka.

Mereka punya link yg kuat antara satu sama lain. Bila sesuatu berlaku dan mereka perlukan bantuan, kumpulan yg punya expertise akan datang membantu.

Contohnya kalau seorang anak punya kanser, para doktor merawat, satu kumpulan dari mereka tadi memberi moral support, satu kumpulan lagi membantu keluarganya dan satu kumpulan lagi memberi bantuan material dan kewangan. Bagai sebuah badan yg punya kaki, tangan dan kepala yg masing2 punya tugas sendiri.

Kata seorang sahabat sekuliah saya,

"We don't need all these agencies and foundations in our country, because islam is the solution for everything. If we practise islam in our life, everything will be okay."

Betulkah begitu? Kita tidak perlukannya?
Mungkin benar, mungkin tidak, atau mungkin perlu lebih perbahasan.
Kita sama-sama fikirkan..

Di negara2 bukan islam pelbagai pertubuhan kebajikan dan masyarakat tumbuh dan menjalar ke dalam masyarakat dengan cepat. Mereka diterima, diberi bantuan fizikal, kewangan serta senang mendapat tenaga sukarela.

Di negara kita pula pelbagai pertubuhan yg bercita-cita menegakkan islam semula ditubuhkan. Masing-masing ada niche market sendiri. Kanak2, remaja, IPT, professional, ustaz2, hatta orang2 kampung menjadi golongan sasar.

Di mana-mana ada program umum untuk mengingatkan supaya kembali pada islam.
Tapi kerana manusia itu pelupa, kadangkala kita cuai dan lalai, lalu melakukan kesilapan kecil yang boleh membawa pada kemudaratan yg besar.

If We Don't Invite, We'll Be Invited

Pernah dengar kisah 'cinta' yg bermula dari perkenalan di tepi jalan untuk membetulkan tayar kereta, hingga sanggup keluar dari agama?

Atau kisah di Turki bila anak-anak muslim dihantar belajar dan tinggal dengan 'guru-guru' Kristian, hingga timbul rasa sayang mereka pada 'guru-guru' Kristian itu dan terikut-ikut dengan cara hidup mereka?

Point-nya di sini?
Kita tahu yg manusia dipengaruhi persekitaran. Jadi mengapa kita tidak jadi 'persekitaran' itu? Kenapa dibiarkan persekitaran itu dikawal oleh mereka yg tidak sepatutnya?

Balik dari kuliah agama, yg tersenyum menjual barang2 keperluan hidup bukan kita. Yg datang memberi bantuan bila kesempitan wang bukan kita. Yg datang melawat bila sakit bukan kita. Yg datang menghulur tangan bila terjatuh bukan kita.

Yg datang mengajak keluar makan, bermain atau belajar bukan kita juga!

Bila bukan kita yg mengajak, tentulah kita yg diajak. Dan biasanya orang yg mengajak ini sudah punya plan atau caranya sendiri utk melakukan sesuatu. Kita yg diajak pula cuma mengikutnya.

Maka seterusnya? lalai? lupa? tenggelam? atau tidak kisah???

Semoga sama-sama dapat penuhi tanggungjawab pada muslim yg lain...


"Ada lima kewajiban bagi seorang muslim terhadap saudaranya yg muslim;
menjawab salam, mendoakan orang yg bersin, memenuhi undangan,
menjenguk orang sakit dan mengiringi jenazah"

[Bukhari & Muslim]


Bola yg ringan, sekadar berisi angin mudah ditampar dan dibaling ke sana ke mari.

Dipukul ke atas, ia terbang melangit tinggi sebelum jatuh terhempas ke bumi.
Dipukul ke bawah, ia turun, naik berulang kali sebelum berhenti.

Bola yg berat pula, berisi pasir atau kaca, sukar ditampar dan digerak.
Walau dipukul kuat, geraknya tak ke mana, bahkan tangan yg menampar pula sakit.

Umpamakan hati kita begitu.

Bila 'isi' imannya tebal dan kuat, sesiapa saja yg cuba datang membolak-balikkan hati tidak akan berjaya, tetapi mereka pula yg akan rasa kesannya.

Tapi bila 'isi'-nya ringan?

Walau cuma angin yg datang bertiup, hati sudah lari! Samada ke kiri, kanan, atas, bawah atau melayang tanpa arah tuju. Kita pula sekadar melihat, terkesima dan tunduk mengikut!

"Allahumma inna 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika"

Ya Allah, bantulah kami utk mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu
dan melakukan amal kebaikan pada-Mu

Senyum

on 11:01 AM

"The examination has ended. Please stop writing. Make sure you have written your student number on all answer sheets. Now we will collect your question and answer papers. Please remain seated till we allow you to leave."

Rakan saya di sebelah tersenyum. Saya senyum semula padanya. "Finally, holiday!"
(agakan saya itu yang difikirkannya, atau mungkin hanya saya yg terfikir begitu? mungkin ianya kerana soalan2 tadi tidak begitu sukar, dan senyuman itu tanda kepuasan dia. saya tidak tahu...)

"Its not the end. We just finished our first exam. Four and a half year are still waiting!" kata rakan saya seorang lagi di seberang sana tiba-tiba. Agaknya dia melihat kami tersenyum tadi.

Ya, betul katanya. Perjalanan ini masih jauh. Tapi bukan sekadar empat setengah tahun sahaja, tapi lebih dari itu. Siapa pun tak pasti berapa jauh lagi jaraknya.

Yang pasti, setengah tahun telah berlalu sejak kami diterima masuk ke Faculty of Medicine ini. Lebih patut rasanya jika saya melihat ke belakang, belajar dari kesilapan dan mengambil pengajaran, dari berkira-kira berapa tahun lagi di hadapan.

Seperti yang pernah diingatkan seorang mu'allim di sini pada saya, "Why must they celebrate their birthday? Isn't that means another year has past, and they are one year closer to their death? What are exactly they are celebrating? Don't they think?"

Agak keras mungkin pendapatnya, tapi ada kebenaran di situ. Bila yang keras itu datang menyentak, baru diri yang selalu leka ini cepat terasa. Manusia semakin lama semakin kehilangan masa. Ia datang dan berlalu pergi, dan tak akan datang semula.

Walau ada ketika kita rasa ia terlalu pendek, hakikatnya semuanya sama. Saat ini, saya punya 24 jam sehari, dan orang lain juga sama. Tapi bila zaman demi zaman berlalu, kita semakin merasakan yang masa semakin sedikit dan bergerak pantas. Malah ada sebahagian yang menyalahkan dan memberi alasan masa, kerana kononnya tidak memberi peluang untuk mereka berkerja. Wajarkah sikap kita begitu?

Dari Abu Hurairah R.A. dia berkata: Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda;

"Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Agung Berfirman: Seorang anak Adam mencaci maki masa padahal Akulah masa, siang dan malam hari ada di tangan-Ku"

[Hadith Qudsi; Bukhari & Muslim]

"Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) sebagai tempat tinggal, dan Dia menjadikan bagi kamu daripada kulit binatang ternak;

khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (dibawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti;

dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) daripada berjenis-jenis bulu binatang ternak itu, berbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke satu masa."


[ah-Nahl: 80]

p/s: mmg banyak kurnia-Nya bukan? agaknya sampai bila masa kita ya???



Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!


Kenal Sin Chan? Karakter yg bagaikan jd satu fenomena baru pd masyarakat kita. Lebih-lebih lagi bila ia mengambil waktu siaran 'puncak' kanak2.

Waktu maghrib, ketika mereka kepenatan baru pulang dari sekolah atau pulang dari bermain di padang. Habis yg bukan kanak2 pun jadi 'kanak2', terpaku di depan TV. Waktu cerita terhenti, iklan dan azan maghrib, bukan bersegera ke masjid, tapi jadi waktu pergi ambil minuman atau makanan dan duduk semula depan TV.

Bukan itu yg mahu dikatakan panjang lebar di sini, kerana bukan semua family keadaannya begitu. Yang sedar kepentingan waktu itu akan bersegera menunaikan perkara yg lebih penting dan fardhu.

Mahu ambil pengajaran dari dia. Ya, ambil pengajaran dari cerita Sin Chan!!

Apa peliknya? Ada saja yg memakaikan 'kopiah' ke atas Sin Chan dan ditambahkan dengan kata-kata peringatan darinya. Walaupun mustahil akan jumpa dalam cerita-ceritanya kata2 sebaik itu, tapi tetap diguna juga gambarnya kerana 'pengaruh'nya itu.

Producer2 filem berlumba mendapatkan orang2 terkenal ke dalam filem mereka supaya filem mereka ditonton.

Maka pendakwah2 pun mahu gunakan out-reach sistem yg terkesan, bukan sekadar lepas batuk di tangga.

Tapi awas! Kena berjaga-jaga juga. Kita tidak mahu sekadar memakaikan 'kain penutup baru' pada sesuatu yg jahiliah. Contohnya???

Dulu ‘I love you’.
Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’.

Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’.
Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

[Dipetik dari sini]

Balik pada cerita Sin Chan tadi.

Perbualan pendek itu mengingatkan saya pada beberapa perkara.

Pertamanya pada persoalan sebagai seorang guru. Kita luaskan lingkup definisi guru ini, kepada sesiapa sahaja yg pernah memberi ilmu kita.

Bermakna, hampir semua orang di keliling kita adalah guru. Kerana kita sentiasa belajar sesuatu daripada orang2 di sekeliling!

Tak kira tua atau muda, warna kulit atau bahasa, sentiasa ada sumbangan dari setiap mereka dalam membentuk peribadi laku kita.

Namun, walau masing-masing ada sumbangan mereka, tetap masing-masing (termasuk diri sendiri!!) punya masalah, kesalahan dan berbuat dosa.Hanya Nabi sahaja yang maksum, kita tidak.
Yang selalu mengikuti kuliah mufti Perlis pasti sedar akan perkara ini, kerana ia selalu ditekankan beliau. (contohnya seperti dalam artikel ini)

Kemudian, persoalan pemahaman antara guru dan anak murid timbul. Salah guru atau anak murid kerana faham begitu? Apa yang diajar gurunya betul, tetapi yg difahami muridnya salah, walaupun ia menyangka betul. Tersalah faham? Atau buat2 tak faham? Tanya tuan punya diri...

Jadi bagaimana jalan penyelesaiannya?

Mengapa kita tidak berjaya?

Jumud sangatkah kita?

Saya tinggalkan entry ini dengan persoalan, dan beberapa link pada artikel yg wajar dibaca, difikir, diperhati dan diteliti. Saya sendiri masih bertatih dalam pencarian ilmu ini, jadi mari sama-sama kita berusaha dan berkerja.

Tak lupa, beberapa kisah lagi dari Sin Chan ini, buat senyuman di muka, buat mencetus sedikit pemikiran di kepala dan buat menjentik hati-hati yang berpura-pura mati.


= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."


Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.


Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengejanya, itulah yang saya eja!


Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!


Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!


T.A.H.U.???

on 5:45 PM

buat semua teman2 yg di bumi australasia, yg sdg dan akan berjuang, ma'at taufiq wan najah fil imtihan!!! entry kali ni khas utk anda semua...

utk yg sdg bercuti, jgn lupa yg kerehatan itu ujian juga ya =)




Ungu - Andai Ku Tahu

andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai kutahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata taubat padaMu

ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di syurga

===============================================================

kalaulah manusia tahu bila agaknya waktu itu, mungkin kah akan tiada kebatilan di muka bumi? mungkinkah kita akan sentiasa mempersiapkan diri untuk waktu itu?

mungkinkah kita manusia menjadi seperti seorang student yang sibuk dan menjadi terlalu rajin bila tarikh exam yg diketahui semakin dekat; atau seperti seorang pekerja yg semakin bertungkus lumus bila dateline utk projek dihantar semakin tiba??? fikirkan...

sepotong ayat utk dikongsi kali ini, berkisar tentang kisah ketika peperangan Uhud. peristiwa yg banyak memberi pengajaran dan peringatan kpd kita sebagai muslim.

agaknya bagaimanakah reaksi kita selepas menerima ujian?



Then after the distress (and unhappiness), He sent down calm on a group of you overcome with sleep, while another group become anxious by their own feelings,
moved by wrong suspicions of Allah-Suspicions due to ignorance.

They said, "What affair is this of ours?"

You say (to them) "Indeed, this affair is wholly Allah's."

They hide in their minds what they dare not say to you. They say (to themselves), "If we had anything to do with this affair, non of us should have been in the slaughter here."

Say, "Even if you had remained in you homes, for those whose death had to come, would certainly have gone forth to the place of their death."

But (all of this was) because Allah might test what is in your chests;
And purify what is in your hearts.
And Allah is All-Knowing (Aleem) the secrets of your breasts (hearts).


[Ali Imran 3:154]


p/s: previous post related to this ayat here